Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Perdana Menteri Sudan, Kamil Idris mengumumkan dialog nasional akan dimulakan dalam masa terdekat bagi memulihkan negara, mencapai perdamaian menyeluruh dan membuka laluan kepada pilihan raya bebas. Konflik di Sudan sejak 2023 telah menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Transcript
00:00Perdana Menteri Sudan, Kamil Idris, mengumumkan Dialog Nasional melibatkan seluruh rakyat Sudan akan dimulakan dalam masa terdekat bagi membuka jalan
00:08ke arah perdamaian dan pemulihan negara.
00:11Menurut beliau, Dialog itu akan menjadi platform untuk membina semula negara yang terkesan akibat konflik bersenjata yang berlarutan sejak tahun
00:182023.
00:21Kamil berkata proses itu akan membuka laluan kepada pemulihan negara secara menyeluruh, perdamaian nasional dan peminaan semula kerangka perlembagaan sebelum
00:30bawa kepada pilihan raya yang bebas dan adil.
00:32Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai garis merah termasuk menolak sebarang usaha menyamakan kedudukan tentera Sudan dengan pesukan sokongan
00:41pantas RSF.
00:42Beliau turut menegaskan bahawa Sudan menolak campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.
00:47Perdana Menteri itu turut membentangkan inisiatif keamanan kerajaan yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Desember
00:562025.
00:58Antara lain, inisiatif berkenaan menggesa RSF berundur dari kawasan yang dikuasainya dan melalui proses integrasi serta demobilisasi bagi menambatkan konflik
01:08yang berlarutan sejak 2023.
01:09Pada Jumaat lalu, pengurusi Majlis Kedaulatan Sudan, Abdel Al-Fatah Al-Burhan turut meluluskan penyediaan sokongan logistik dan jaminan undang
01:18-undang, politik serta keselamatan bagi menjayakan dialog nasional yang inklusif.
01:23Sudan bergolak sejak April 2023 akibat konflik antara tentera dan RSF berhubung rancangan penggabungan pasukan separa tentera itu ke dalam
01:32Angkatan Bersenjata Negara.
01:34Menurut Angkaran PBB, peran tersebut telah meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan kira-kira 13 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
Comments

Recommended