00:00Tiga kawasan di dua negeri mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara IPU pada tahap tidak sehat setakat 7.50 malam dengan
00:09dua daripadanya di Sarawak.
00:11Menurut data portal sistem pengurusan indeks pencemaran udara Malaysia, APIMS, kawasan itu melibatkan IPD Serian yang merekodkan IPU 156 diikuti
00:22samarahan 152.
00:23Di Selangor, Johan Setia turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sehat iaitu 133. Sementara itu, sebanyak 65 stesen di
00:32seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
00:36Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sehat, 201 hingga
00:46300 sangat tidak sehat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
00:51Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Comments