Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, mekanisme ekonomi biru yang dirangka kerajaan Sabah mempunyai potensi besar untuk menjadi pemacu ekonomi baharu negeri.
Transcript
00:00Ekonomi biru Sabah berpotensi dimasukkan dalam Belanjawan 2027 dengan Kerajaan Persekutuan akan memperhalusi cadangan pembangunan sektor itu bersama Kementerian Berkaitan.
00:11Menteri Kewangan 2 Datuk Sri Amir Hamzah Azizan berkata, mekanisme ekonomi biru yang dirangka Kerajaan Sabah mempunyai potensi besar untuk
00:19menjadi pemacu ekonomi baru negeri itu.
00:22Perkara tersebut antara fokus utama jelajah Belanjawan 2027 yang bermula di Sabah dengan Kerajaan Negeri dan Pemain Industri mengemukakan cadangan
00:32bagi memperkukuh sektor ekonomi biru.
00:36Menurut Amir Hamzah, cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi sebelum dikenalpasti untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2027 atau dibawa ke rancangan pembangunan
00:47pada tahun-tahun berikutnya.
00:48Saya rasa hari ini, seperti saya, kita mula dengan Sabah Maju Jaya menerangkan dari segi pendekatan yang dibuat oleh Kerajaan
00:59Negeri Sabah
01:01di mana dia dah desain mekanisme blue ekonomi yang penting untuk Sabah.
01:07Daripada perancangan-perancangan yang ada itu, kita akan berbincang dengan kementerian yang berkenaan
01:14untuk memasukkan inisiatif yang baik ke dalam Belanjawan 2027 dan mungkin beberapa cadangan itu kita boleh bawa ke tahun-tahun
01:25ke depan
01:25kerana dia menjadi teras dan asas untuk blue ekonomi.
01:29Sabah juga memberi wish list dia untuk consideration untuk federal government dan kita akan memperhalusi.
01:36Beliau ditemui selepas menghadiri sesi libat urus Kementerian Kewangan Kedua bersama pemain industri ekonomi biru
01:44sempena jelajah Belanjawan 2027 di Borneo Royal Tawau pada Ahad.
01:50Amir Hamzah berkata, Sabah mempunyai kelebihan besar untuk membangunkan ekonomi biru berikutan kekayaan sumber laut dan sungai.
02:01Katanya sektor itu bukan hanya merangkumi pelancongan merin, sebaliknya turut membuka ruang kepada pembangunan perikanan laut dalam,
02:09akuakultur dan industri pemprosesan hasil laut bernilai tambah.
02:14Antara sektor yang sudah menunjukkan potensi ialah industri rumpai laut apabila hasil tanaman tempatan diproses sebelum dieksport ke pasaran antarabangsa,
02:23termasuk China dan United Kingdom.
02:26Kerajaan Persekutuan juga akan meneliti keperluan infrastruktur serta pembiayaan
02:31bagi membantu pemain industri mengembangkan sektor ekonomi biru.
02:36Kerajaan Persekutuan
02:38Kerajaan Persekutuan
Comments

Recommended