00:01Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Meng, menggariskan tiga sebab mengapa perwakilan DAP patut mengundi untuk kekal dalam Jemaah Menteri
00:10pada Kongres Khas Parti itu hujung minggu ini.
00:13Beliau menjelaskan ia merangkumi kelancaran pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober, mengekalkan kestabilan dasar mendepani ketidaktentuan ekonomi dunia, serta mengelakkan barisan
00:25nasional dan UMNO daripada menarik sokongan bagi mencetuskan PRU lebih awal.
00:31Menurutnya, penganjuran Kongres Khas oleh Setiausaha Agong DAP Luk Siu Fook bertindak sebagai peringatan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa
00:41perwakilan parti mempunyai kuasa untuk memaksa pimpinan melepaskan jawatan sekiranya agenda reformasi tidak dilaksanakan.
00:49Ong menambah sekiranya perwakilan memilih untuk keluar, letakkan jawatan boleh dilaksanakan selepas belanjawan diluluskan pada Desember bagi memberi ruang kepada
00:59rundingan beberapa perubahan perundangan penting.
01:03Pada ahad ini, 4,264 perwakilan DAP akan menentukan hala tujuh parti itu walaupun pimpinan DAP Perak terlebih dahulu menyatakan
01:13sokongan sebulat suara untuk kekal dalam kerajaan perpaduan.
01:19FMT
Comments