00:00Bagi hutang PTPTN, kita tidak meminta semua hutang dihapuskan secara membuta tuli.
00:06Mereka yang mampu bayar.
00:08Tetapi bagi peminjam yang berdasarkan data masih miskin, masih miskin tegar dan benar-benar tidak mempunyai kemampuan,
00:19maka kerajaan wajar mempertimbangkan penghapusan atau penyelesaian hutang secara bersasar.
00:26Kerana kemiskinan ibu bapa tidak boleh menjadi hukuman kepada masa depan seorang anak.
00:31Pendidikan mesti menjadi jalan keluar kepada kemiskinan, bukan jalan masuk kepada hutang sepanjang kehidupan.
00:40Had Budi 95 telah diturunkan daripada 300 liter kepada 200 liter.
00:47Maka angkatan muda mengusulkan apabila harga minyak dunia reda, apabila ruang fiskal mengizinkan,
00:54kembalikan sekurang-kurangnya kepada 300 liter sebulan.
01:02Dan, pertimbangkan sehingga 350 liter untuk kelompok yang mempunyai keperluan mobiliti tinggi.
01:10Berdasarkan data yang jelas.
01:13Kita bukan meminta subsidi tanpa hak, kita meminta dasar yang memahami kehidupan rakyat.
01:18Kerana reformasi subsidi mesti bergerak bersama reformasi untuk memberi manfaat kepada rakyat.
01:25Jika rakyat diminta berkorban, rakyat berhak melihat dividen daripada pengorbanan itu.
Comments