00:00Jabatan Imigresen Malaysia JIM menjelaskan nisu yang dihadapi pemegang pasport antarabangsa Malaysia dengan tempoh sah melebihi 10 tahun bukan berpunca
00:10daripada pihak imigresen negara asing.
00:13Sebaliknya, masalah itu dikatakan berkaitan dengan sistem yang digunakan oleh sesetengah syarikat penerbangan.
00:22Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Syahaban berkata, dari sudut kawalan sempadan dan piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO, pasport dengan
00:32tempoh sah melebihi 10 tahun tidak menimbulkan sebarang masalah.
00:37Menurut beliau, sistem imigresen negara asing hanya merekodkan tempoh sah pasport seperti yang tertera dalam dokumen perjalanan berkenaan.
00:45Namun, terdapat syarikat penerbangan yang menggunakan sistem yang menetapkan tempoh sah maksimum pasport hanya sehingga 10 tahun.
00:55Sehubungan itu, Malaysia akan terus membawa isu tersebut ke peringkat ICAO bagi menyelaras pelaksanaan dengan syarikat penerbangan terlibat.
01:03Pada masa sama, Jabatan Imigresen telah menghentikan amalan memberikan tambahan tempoh sah berdasarkan baki pasport lama yang sebelum ini boleh
01:11menjadikan pasport baharu sah sehingga 10 tahun 6 bulan.
01:16Selepas ini, tempoh sah pasport baharu akan dihadkan kepada 10 tahun sahaja.
01:22Pemegang pasport sediada yang mempunyai tempoh sah melebihi 10 tahun turut dibenarkan memohon pasport gantian secara percuma.
01:30Setakat ini, kira-kira 38,000 pasport antarabangsa Malaysia telah dikeluarkan sejak pelaksanaan pasport 10 tahun dengan 26,000 daripadanya
01:39mempunyai tempoh sah melebihi 10 tahun.
Comments