00:00Harga minyak mentah dunia melonjak hampir 5% pada Isnin ketika ketidaktentuan mengenai penyambungan semula trafik perkapalan melalui selat hormus
00:09terus memberi tekanan kepada pasaran global.
00:11Pada masa sama, Rizab Minyak Mentah AS dalam Strategik Petroleum Reserve atau SPR susut kepada paras terendah sejak 1983.
00:22Menurut data terbaru Jabatan Tenaga AS, Rizab SPR berkurang sebanyak 6.1 juta tung kepada hanya 298.7 juta tung
00:33bagi minggu berakhir 7 Ogos, menjadikannya kali pertama paras limpanan itu jatuh di bawah 300 juta tung sejak 1983.
00:41Amerika Syarikat dan beberapa negara lain sebelum ini melepaskan sebahagian daripada Rizab Petroleum masing-masing bagi meimbangi gangguan bekalan susulan
00:50konflik di Asia Barat.
00:52Pada masa lalu, pentadbiran Presiden Donald Trump mengarahkan pelepasan 172 juta tung daripada Rizab Minyak AS dalam usaha menstabilkan pasaran
01:03global.
01:03Dalam dagangan Isnin, minyak mentah West Texas Intermediate WTI bagi penghantaran September meningkat $3.9 atau 5.05% untuk
01:15ditutup pada $82.13 AS setong.
01:20Sementara itu, minyak mentah brand bagi penghantaran Oktober melonjak $4.17 atau 4.99% kepada $87.72 AS setong.
01:34Kenaikan harga itu didorong kebimbangan terhadap aliran bekalan minyak global, khususnya berikutan ketidakpastian mengenai bila trafik perkapalan melalui selat hormus
01:43dapat disambung semula sepenuhnya.
Comments