00:00Polis menahan tiga individu termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel dan merampas sejumlah dadah pelbagai jenis ketika melakukan pemeriksaan di
00:09Balai Polis Lumut pada selasa lepas.
00:11Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, anggota ibu pejabat polis daerah Manjung menemukan dadah jenis metafetamin, heroin
00:19dan kanabis bersama dua orang kena tuduh OKT berusia lingkungan 40-an yang berada di dalam lokap Balai Polis tersebut
00:27pada pukul 8.30 pagi.
00:30Katanya, polis menemukan 16 punjut plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis metafetamin dengan anggaran berat 19.54 gram serta 16
00:41punjut plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin dianggarkan 110.37 gram.
00:48Polis turut menemukan 23 punjut plastik mengandungi bahan daun-daun kering disyaki dadah jenis kanabis dengan anggaran berat 142.31
00:57gram.
00:57Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan RM18,534.
01:04Mohd Alwi berkata, sesulan penemuan tersebut polis turut menahan seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia lingkungan 30-an yang bertugas
01:13di Balai Polis tersebut bagi membantu siasatan.
01:16Beliau berkata, salingan awal air kencing terhadap ketiga-tiga individu mendapati dua orang positif dadah jenis metafetamin manakala anggota polis
01:24terbabit negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.
01:27Kesemuanya direman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15
01:37-1-A Akta Yang Sama.
Comments