Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
PAS disifatkan masih mengamalkan politik "mengalih tiang gol" apabila terus mempertikaikan masa pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji berbanding membahaskan kandungan laporan itu.
Transcript
00:00PAS disifatkan masih mengamalkan politik mengalih tiang gol apabila terus mempertikaikan tempoh pendedahan laporan Suranjaya Siasatan Diraja RCI mengenai tabung
00:11haji berbanding membahaskan kandungan laporan.
00:14Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK Kamil Munim berkata, tindakan pembangkang itu menunjukkan mereka tidak berminat meneliti dabatan laporan berkenaan, sebaliknya
00:23hanya mempersoalkan mengapa ia didedahkan pada waktu ini.
00:28Beliau berkata, walaupun laporan itu didedahkan lebih awal, pihak berkenaan tetap akan mencari alasan lain untuk mempertikaikannya.
00:36Beliau berpendapat, pembangkang tetap mempertikaikan pendedahan laporan walaupun bila-bila masa ia didedahkan.
00:42Katanya, matlamat mereka bukan untuk melakukan tabayun atau mencari kebenaran, sebaliknya terus membangkang.
00:48Pada masa sama, Kamil turut mempersoalkan bilakah masa yang dianggap sesuai pembangkang untuk kerajaan menedahkan laporan sama ada selepas atau
00:57sebelum pilihan raya negeri tertentu, maupun selepas pilihan raya umum ke-16.
01:03Beliau berkata, tindakan susulan terhadap dapatan RCI sudah pun dilaksanakan termasuk penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit,
01:11menekala proses pendakwaan akan diteruskan terhadap mereka yang dikenalpasti.
01:16Katanya, kerajaan juga membuka ruang kepada semua Ahli Parlimen untuk membahaskan laporan berkenaan di Dewan Rakyat.
01:23Beliau berharap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadli Syari akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu dengan mengemukakan hujah yang
01:31benar-benar berkualiti.
01:33Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended