Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Barisan EXCO Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak menggunakan kuasa demi kepentingan peribadi, keluarga atau sahabat.
Transcript
00:00Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukriz, Tuanku Menawir mengingatkan barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO yang baru
00:07supaya melaksanakan amanah dengan jujur, adil dan profesional.
00:11Baginda petita, kuasa yang diberikan tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, keluarga atau sahabat terutama
00:18dalam membuat keputusan berkaitan pemberian denda dan projek-projek kerajaan.
00:22Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi, keluarga ataupun sahabat handai
00:34terutamanya dalam membuat keputusan pemberian denda atau projek kerajaan.
00:40Baginda bertitah demikian pada istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar, Seri Menanti.
00:48Tuanku Mukhris bertitah pelantikan itu merupakan satu cabaran kepada barisan EXCO
00:54kerana mereka bukan sahaja berperanan sebagai wakil rakyat, malah bertanggungjawab merangka dasar dan hala tuju pentadbiran negeri.
01:01Menurut Baginda, rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan negeri, justeru setiap dasar dan perancangan perlu dilaksanakan secara cekap, telus dan
01:10berkesan.
01:11Baginda bertitah kejayaan sesebuah kerajaan bukan hanya diukur berdasarkan perancangan yang baik
01:16tetapi melalui keupayaannya menyampaikan hasil yang benar-benar dapat dirasai rakyat.
01:21Tuanku Mukhris turut menasihatkan barisan kepimpinan baru supaya meneruskan kecemerlangan kerajaan terdahulu khususnya
01:27dalam menarik pelaburan berkualiti, meningkatkan hasil negeri serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan.
01:34Baginda bertitah rekod pelaburan tinggi dan peningkatan hasil negeri yang dicapai perlu dipertahankan, diperkukuh serta terus ditingkatkan
01:42agar manfaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat negeri sembilan.
01:45Baginda turut mendoakan supaya negeri sembilan terus dilimpahi keamanan, kemakmuran dan keberkatan
01:51selain barisan petakbirnya sejasa dipandu dalam membuat keputusan yang adil, bijaksana serta mengutamakan kepentingan rakyat.
Comments

Recommended