Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Arahan siasatan segera secara menyeluruh dan telus dikeluarkan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi renjatan elektrik yang meragut nyawa tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Beaufort, Sabah, pada Khamis.
Transcript
00:00Arahan siasatan segera secara menyeluruh dan telus dikeluarkan bagi mengenalpasti punca sebenar tragedi rejatan elektrik yang meragut nyawa tiga anggota
00:10polis diraja Malaysia PDRM di Beaufort Sabah pada Khamis.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang kelemahan yang dikesan perlu ditangani serta-merta selain melaksanakan langkah
00:22penambahbaikan bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang lagi.
00:28Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota terlibat iaitu Keperol Muhammad Nur Hafiz Ibrahim, Keperol Chiu Tek Siong dan
00:36Konstabel Muhammad Raimi Ismarubi.
00:39Katanya ketiga-tiga mereka telah mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara dan sesungguhnya pemergian ini kehilangan besar buat warga
00:46Kementerian Dalam Negeri KDN.
00:48Saifuddin Nasution mendoakan semoga Allah SWT memberi keluarga dan sahabat mereka ketabahan dalam menghadapi dugaan itu dan segala urusan dipermudah.
00:58Dalam kejadian pada 5.50 petang Khamis, tiga anggota itu disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena rejatan elektrik ketika mengalihkan
01:07galah besi sepanjang 29 kaki
01:09yang digunakan untuk mengait kelapa di luar Balai Polis Western berhampir dari Sekolah Kebangsaan SK Western.
Comments

Recommended