00:00Seorang pelajar kolej dihadapkan ke Mahkamah Magistret Keluang hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah
00:08rumah di Keluang minggu lepas.
00:11Nur Sajwin Muhammad Idris, 19 tahun, menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Arsidah A. Rahman.
00:21Tiada pengakuan direkodkan daripada wanita itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:27Mengikut pertuduhan, Nur Sajwin didakwa membunuh bayi perempuan yang dilahirkannya di sebuah rumah di Jalan Setia Mutiara 2 Struk 6
00:35Taman Setia Mutiara di sini pada kira-kira 10 pagi 29 Julai lepas.
00:40Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi
00:4840 tahun serta sebatan sekiranya tidak dijetuhi hukuman mati jika sabit kesalahan.
00:53Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 8 Oktober untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia, psikologi
01:02dan bedah siasat.
01:03Pendawaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nik Noratini Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
01:09Sebelum ini, polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej, masing-masing berusia 19 tahun, bagi membantu siasatan kes bunuh
01:17bayi perempuan yang ditemukan dengan beberapa kesantikaman di mangkuk tandas sebuah rumah sewa.
01:23Pelajar itu juga melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital selepas doktor yang membuat pemeriksaan, mendapati terdapat satu lagi bayi kembar
01:31masih berada di dalam kandungannya.
01:32Pada Khamis, polis membebaskan teman lelaki kepada pelajar berkenaan bagi dijadikan saksi pendawaan.
Comments