00:00Donald Trump pada Khamis menandatangani dua perintah eksekutif bagi mengetatkan kelayakan kewarganegaraan
00:05dasarkan kelahiran dan melarang amalan pelancongan kelahiran.
00:09Menurut White House, satu daripada perintah itu memperluaskan takrif individu yang tidak layak memperolehi kewarganegaraan
00:14mereka syarikat secara otomatik melalui kelahiran.
00:19Satu lagi perintah melarang pelancongan kelahiran iaitu amalan warga asing memasuki negara itu
00:25dengan tujuan utama melahirkan anak bagi membolehkan bayi berkenaan memperolehi kewarganegaraan Amerika Syarikat.
00:31Usaha mengehadkan kewarganegaraan berdasarkan kelahiran menjadi antara keutamaan Trump
00:36dalam tindakan keras pentadbirannya terhadap imigresen.
00:39Bagaimanapun, usaha terdahulu Trump berhubung perkara itu ditolak Mahkamah Agung Amerika pada Jun lalu
00:45mendorong beliau menggesa Kongres mengambil tindakan.
00:48Tiada undang-undang Amerika yang secara jelas melarang pelancongan kelahiran.
00:52Namun, peraturan persekutuan yang dilaksanakan pada 2020 ketika penggal pertama Trump
00:57melarang penggunaan visa pelancong dan perniagaan sementara
01:00bagi tujuan utama mendapatkan kewarganegaraan Amerika Syarikat untuk bayi yang dilahirkan di negara itu.
01:06Individu yang terbabit dalam skim berkenaan boleh didakwa atas kesalahan penipuan atau jenayah berkaitan.
01:12Setakat ini, tiada angka rasmi mengenai jumlah warga asing yang datang ke Amerika
01:16khusus untuk melahirkan anak dan mendapatkan kewarganegaraan bagi bayi mereka termasuk kos yang ditanggung pembayar cukai.
01:24Center for Immigration Studies yang menyokong pengurangan kadar imigresen
01:28menganggarkan antara 20,000 hingga 25,000 ibu datang ke Amerika Syarikat
01:32bagi tujuan itu dalam tempoh setahun antara 2016 hingga 2017.
01:38Amerika merekodkan sebanyak 3.6 juta kelahiran pada 2025.
01:42terima kasih telah menonton!
Comments