Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita 12 kontena mengandungi produk haiwan sejuk beku seberat kira-kira 348,000 kilogram (kg) bernilai RM3.42 juta di Pelabuhan Sepanggar.
Transcript
00:0012 kontena mengandungi produk daging sejuk beku bernilai lebih 3.4 juta ringgit
00:06telah dirampas agensi kawalan dan pelindungan sempadan Malaysia AKPS
00:10di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu pada Julai lalu.
00:13Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain berkata
00:17kesemua kontena berkenaan mengandungi produk daging ayam dan babi sejuk beku
00:21dari China dan Hong Kong yang dipercayai dibawa masuk melalui perikraran tidak selaras.
00:26So kita mengambil keputusan pada 16 Julai yang lalu untuk memeriksa 12 lagi kontena.
00:35So dalam kontena ini ternyata apa yang kita dapat lihat dan kita periksa adalah hasil barang daging beku
00:46daripada China dan Hong Kong yang mana seperti mana semua sedia maklum
00:52pihak kerajaan negeri telah tidak membenarkan apa jua barangan makanan atau beku
01:01daripada negara tersebut. Di situ sendiri sudah berlaku satu kesalahan.
01:07Menurut beliau, pemeriksaan dilakukan susulan maklumat risikan yang menunjukkan
01:11barangan berkenaan berkemungkinan besar adalah barangan larangan yang tidak boleh dibawa masuk ke Sabah.
01:17Menurutnya, kontena berkenaan ditahan selepas gagal membuat pengisytiharan
01:22dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan sebelum pemeriksaan dilaksanakan.
01:27Dia bukan istihar dalam manifest, dalam dokumen perjalanan awal.
01:35So declaration akan berlaku selepas barang sampai ataupun sebelum sampai itu dideklarakan dulu.
01:43So dalam konteks ini, kita mengambil kesalahan no declaration untuk membuat pemeriksaan.
01:50Kita tidak, kerana mereka gagal membuat pengisytiharan dalam tempoh masa yang diberikan.
01:55dan maklumat risikan menunjukkan ia berkemungkinan adalah barang yang tidak boleh masuk ke Sabah.
02:04Kes disiasat mengikut Seksyen 133-1-A Akta Kastam 1967, Akta 2-3-5
02:11kerana gagal membuat akuan penuh dan benar
02:14serta membuat perakuan atau dokumen yang tidak benar dalam apa-apa perkara material.
02:19Jika Sabah kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000
02:23atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Comments

Recommended