Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Majlis Media Malaysia merujuk tiga aduan berkaitan media kepada Panel Aduan buat kali pertama, susulan peningkatan kes yang melibatkan isu etika, privasi dan ketepatan pelaporan.
Transcript
00:00Tiga aduan berkaitan media dirujuk kepada panel aduan majlis media Malaysia MMM buat pertama kali sejak mekanisme aduan MMM mula
00:08beroperasi.
00:09Menurut kenyataan MMM pada Rabu, ketiga-tiga aduan tersebut merupakan sebahagian daripada empat aduan yang masih dalam proses setakat 30
00:16Jun lepas selepas Sekretariat MMM menerima 14 aduan rasmi sepanjang suku kedua tahun ini.
00:25Jelasnya sebanyak sepuluh daripada empat belas aduan telah diselesaikan menjelang akhir suku kedua, manakala tiga daripada baki empat aduan yang
00:33masih terbuka telah dirujuk kepada panel aduan MMM yang baru ditubuhkan dan kini sedang dalam proses pertimbangan.
00:40Panel aduan beroperasi sebagai projek rintis selama setahun dengan struktur keanggotaan secara bergile-gile melibatkan wakil organisasi media, wartawan yang
00:50sedang berkhidmat, pertubuhan masyarakat sivil dan pakar luar mengikut bidang kepakaran.
00:56MMM dalam kenyataan maklumkan bahawa panel berkenaan diwujudkan bagi mempertimbangkan aduan yang kompleks atau dipertikaikan secara bebas khususnya kes yang
01:04tidak dapat diselesaikan melalui ribat urus dua hala dan proses pendamaian.
01:09Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh 1 April hingga 30 Jun lepas, Sekretariat MMM menerima 14 aduan rasmi berbanding lima pada
01:17suku pertama mencerminkan peningkatan kesedaran awam mengenai mekanisme aduan MMM sesuatu pelaksanaan fasa kedua mekanisme aduan MMM.
01:25Aduan yang diterima melibatkan isu etika yang berulang dan isu baharu termasuk pelaporan kes bunuh diri, pemeliharaan privasi dan maruah
01:34individu yang meninggal dunia serta anggota keluarga,
01:37kandungan yang didakwa tidak berperikmanusiaan atau menghasut kebencian terhadap komuniti pelarian Rohingya serta kesilapan memetik kenyataan tokoh awam.
01:45Laporan suku tahunan aduan MMM bagi suku kedua 2026 boleh diakses orang ramai menerusi laman sesawang rasmi Majlis Media Malaysia.
01:54Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended