Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Gelombang haba yang melanda beberapa negara di Eropah semakin memburuk apabila suhu terus meningkat sehingga memecahkan rekod di beberapa lokasi, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca pada tahap tertinggi.
Transcript
00:00Beberapa negara di Eropah kini berdepan gelombang haba semakin ekstrim sehingga memaksa pihak berkuasa meningkatkan amaran dan langkah keselamatan.
00:10Di Itali, Kementerian Kesihatan mengumumkan semua 27 bandar utama negara itu akan berada di bawah amaran haba merah pada Khamis.
00:20Ini amaran kali pertama tahun ini meribatkan kesemua bandar utama secara serentak.
00:25Dalam pada itu, Hungary turut melanjutkan amaran haba tertinggi di seluruh negara sehingga tengah malam Jumaat.
00:32Pihak berkuasa kesihatan negara itu turut menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya bagi melindungi golongan berisiko seperti warga
00:40emas dan kanak-kanak.
00:41Keadaan kemarau yang berpanjangan turut menyebabkan paras air sungai utama negara itu menurun dengan ketara.
00:47Di Austria, suhu di ibu negara Vienna dilaporkan mencecah 41 darjah Celsius sekaligus memecahkan rekod tertinggi sebelum ini.
00:56Dalam masa sama, kebakaran hutan yang berlaku di wilayah Bergenland semakin membimbangkan apabila beberapa kawasan diletakkan pada tahap bahaya kebakaran
01:05paling tinggi.
01:06Manakala paras air sungai Danube terus menyusut ke paras rekod.
01:10Pihak meteorologi pula menjangkakan gelombang haba akan mencapai kemuncaknya pada Rabu dengan kemungkinan beberapa sekali lagi merekodkan suhu tertinggi baharu
01:20sekiranya cuaca panas berterusan.
Comments

Recommended