Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 Ogos untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor menangguhkan pembayaran RM67.5 juta kepada Global Royalty Trading SAL sementara menunggu rayuan berhubung kes kehilangan 43 utas barang kemas.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 Ogos ini untuk memutuskan permohonan Datin Sri Rosmah Mansur bagi menangguhkan pembayaran RM67.5
00:09juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan Global Royalty Trading SAL.
00:15Pesuluh Jaya Kehakiman, Marianne N. Tuanet Gani menetapkan tari itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak iaitu Peguam Rosmah M.
00:23Reza Rahim dan Peguam Global Royalty R. Venotani yang hadir secara dalam talian menerusi Zoom.
00:32Pada 10 Jun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membayar RM67.5 juta kepada Global Royalty dalam tempoh sebulan selepas memutuskan
00:41beliau bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 utas barang kemas yang didakwa berada dalam simpanannya.
00:48Rosmah yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu memfalkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 12 Jun dan turut memohon penangguhan
00:55pelaksanaan keputusan sementara menunggu rayuan diputuskan.
00:58Dalam saman yang difalkan pada 29 Mac 2023, Global Royalty mendakwa Rosmah Syarapalsu menyatakan bahawa 44 utas barang kemas yang
01:08dihantar kepadanya melalui ejen syarikat itu telah disita pihak berkuasa Malaysia
01:12di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Kekanasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau AMLA.
01:21Menurut syarikat itu, hanya satu daripada 44 utas barang kemas terbabit berada dalam simpanan polis, manakala baki 43 utas lagi
01:30tidak pernah berada dalam jagaan pihak berkuasa.
01:33Global Royalty turut mendakwa Rosmah cuba meletakkan tanggungjawab kehilangan barang kemas tersebut kepada kerajaan Malaysia, sedangkan ia didakwa telah hilang.
01:41Menurut Reza, sekiranya rayuan Rosmah berjaya kelak, terdapat kebimbangan bahawa wang tersebut mungkin sukar diperoleh semula daripada syarikat berkenaan.
01:51Bagaimanapun, Venotani berhucah bahawa Rosmah gagal membuktikan kewujudan keadaan khas yang membolehkan penangguhan pelaksanaan penghakiman diberikan.
02:00Menurut beliau, tiada bukti dikemukakan bahawa Global Royalty menghadapi masalah kewangan tidak mampu memulangkan semula wang tersebut atau bercadang melupuskan
02:10jumlah penghakiman berkenaan.
02:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended