00:00Seorang penyelia tapak projek didakwa di Mahkamah Session Seremban pada Rabu
00:04atas empat pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram
00:08berjumlah hampir 1.9 juta ringgit dalam urusan penjualan lot hartanah di Rembau
00:14tiga tahun lalu.
00:16Tertuduh Lao Tuan Hai 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
00:21Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang hasil aktiviti haram
00:26berjumlah hampir 1.54 juta ringgit daripada eklaun bank milik sebuah syarikat
00:32dan dengan curangnya telah memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun
00:37untuk memindahkan wang tersebut ke akaun semasa miliknya.
00:41Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima hasil aktiviti haram
00:46iaitu wang berjumlah RM338,000 daripada akaun simpanan seorang lelaki berusia 54 tahun.
00:54Kesemua pemindahan yang berjumlah keseluruhan 1.9 juta ringgit itu
00:59dilakukan setelah tertuduh memperdayakan dua lelaki tersebut
01:03untuk mempercayai bahawa dia ingin menjual satu lot hartanah
01:07dalam mukim Kundur, daerah Rembau
01:10sedangkan tertuduh bukan pemilik yang sah bagi hartanah tersebut.
01:14Kesalahan berkenaan dilakukan di sebuah bank di Bahau, Jempol
01:18antara 5 hingga 11 Disember 2023.
01:21Timbalan Pendakwa Raya Nurliana R. Azmi
01:24memohon empat pertuduhan itu dipindahkan
01:27serta dibicarakan di Mahkamah Session Georgetown, Pulau Pinang
01:31berikutan tertuduh sedang berdepan pertuduhan di mahkamah itu
01:34yang berkaitan dengan kes penggubahan wang berkenaan.
01:38Tertuduh dibenar ikat jamin RM8,000
01:41bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
01:44Mahkamah juga membenarkan kes tersebut dipindahkan
01:47ke Mahkamah Session Georgetown dan kes disebut semula 9 September depan.
Comments