Skip to playerSkip to main content
Kerajaan mengarahkan semua kelompangan (loopholes) dalam sistem keselamatan penerbangan negara dikenal pasti dan ditutup segera susulan insiden penahanan penolong juruterbang di Jakarta bagi mengelakkan kelemahan sedia ada terus dieksploitasi kegiatan jenayah.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan mengenai insiden berkenaan dalam mesyuarat Kabinet.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790862/berita/nasional/juruterbang-malaysia-ditahan-kerajaan-arah-tutup-segera-kelompangan-di-lapangan-terbang

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #isujuruterbangditahan #FahmiFadzil
Transcript
00:00Berhubung penahanan seorang juruterbang ataupun co-pilot MAS di Jakarta,
00:07Jemaah Menteri telah dimaklumkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak Kementerian Pengangkutan
00:17bahawa beberapa langkah penambahbaikan perlu dilaksana segera.
00:23Pertama yang melibatkan kepercayaan yang perlu ditempatkan anggota polis di Raja Malaysia
00:37kerana pada waktu ini pasukan yang menguruskan adalah dari kalangan polis bantuan.
00:43Dan pihak Malaysia Airlines Group juga akan diminta untuk menyemak semula protokol
00:52saringan latar belakang dan juga saringan kesehatan bagi juruterbang ataupun para pilot
01:02dan pembantu juruterbang, co-pilot mengambil kira insiden yang telah berlaku.
01:09Selain dari itu, pasukan PDRM dan juga EKPS diminta untuk meneliti
01:16aspek-aspek yang mungkin boleh disalahgunakan termasuk kelompangan loophole yang mungkin ada
01:25dan ini perlu ditutup segera dan diuruskan dengan segera.
Comments

Recommended