00:00Seterusnya, fenomena El Nino dijangka memburukkan lagi krisis makanan global apabila hampir 49 juta lagi penduduk di negara berisiko berdepan
00:10masalah kekurangan bekalan makanan menjelang akhir tahun depan.
00:14Menurut Program Makanan Sedunia WFP, keberangkalian berlakunya El Nino pada tahap buruk kini mencecah 81%.
00:24Keadaan itu didorong oleh suhu permukaan laut di Lautan Pasifik yang berada pada paras tertinggi sejak sekurang-kurangnya 1982.
00:33WFP menganggarkan jumlah penduduk yang mengalami krisis kekurangan makanan akut akan meningkat kepada 274 juta orang iaitu pertambahan 22%
00:44berbanding jumlah semasa di 45 negara yang dikenal pasti berisiko.
00:49Amerika Tengah dan Afrika Selatan dijangka menerima kesan paling besar dengan peningkatan mendadak jumlah penduduk yang berdepan masalah keselamatan makanan.
00:58Beberapa kawasan di Amerika Selatan dan Caribbean pula dijangka menyaksikan lebih 12 juta penduduk berdepan situasi sama.
01:06Manakala Asia Selatan dan Asia Tenggara pula dijangka berdepan kemarau, musim monsoon tidak menentu serta banjir setempat yang boleh menjejaskan
01:15pengeluaran hasil pertanian.
Comments