00:00Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, mengumumkan hasrat untuk kembali ke negaranya sebelum penghujung tahun ini selepas hampir dua tahun
00:08berada dalam buangan di India.
00:10Menerusi mesej audio yang disiarkan di New Delhi, Hasina berkata beliau akan mengumumkan tarikh kepulangannya dalam masa terdekat.
00:20Hasina berkata beliau mahu kembali ke Bangladesh bagi memulihkan semula haluan pembangunan negara itu.
00:25Dalam mesej sama, beliau turut menuntut supaya larangan terhadap parti pimpinannya Liga Awami ditarik balik selain meminta semua kes yang
00:32disifatkannya sebagai bermotifkan politik terhadap dirinya dan anggota parti digugurkan.
00:37Beliau juga menggesa kebebasan bersuara dipulihkan di Bangladesh.
00:41Rakaman audio tersebut disiarkan sepena satu acara media yang berlangsung di sebuah kelab wartawan di New Delhi bersempena ulang tahun
00:47kedua penyingkirannya daripada tampuk pemerintahan susulan protes besar-besaran pada 2024.
00:53Bagaimanapun, kepulangan Hasina dijangka berdepan cabaran undang-undang.
00:57Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Bangladesh Salahuddin Ahmad berkata, Hasina akan ditahan sebaik saja kembali ke negara itu berikutan sabitan
01:04yang telah dikenakan oleh mahkamah terhadap beliau.
01:07Menurut Ahmad, kerajaan Bangladesh turut berusaha mendapatkan ekstradisi Hasina dari India menerusi mekanisme perjanjian dua hala antara kedua-dua negara.
01:15Kerajaan sementara Bangladesh dilaporkan telah mengemukakan beberapa permohonan dan peringatan rasmi kepada New Delhi berhubung perkara itu.
01:22Pada November 2025, sebuah tribunal khas didakah menjatuhkan hukuman mati secara in absentia terhadap Hasina selepas beliau didapati bersalah atas
01:31pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan yang dikaitkan dengan kebangkitan rakyat pada Julai 2024.
Comments