- 2 days ago
Kerajaan memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas pengurusan pelarian di Malaysia. Nailah Huda bersama Dr Aslam Abd Jalil daripada Universiti Malaya membincangkan cabaran pelaksanaan, peranan kerajaan dan hala tuju dasar pelarian negara.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:15Terima kasih kerana menonton!
00:36Dan ini tentunya kita lihat dalam konteks rentetan daripada isu yang timbul sebelum ini kebimbangan yang disuarakan oleh pengguna media
00:46sosial khususnya mengenai pelarian di negara ini dan impak yang mungkin memberi kesan kepada rakyat dari segi ekonomi, dari segi
00:55politik, sosial dan sebagainya.
00:57Tetapi selain daripada itu kita juga ingin lihat dari sudut tatbir urus, dari sudut dasar dan polisinya adakah kerajaan mempunyai
01:06kapasiti yang mencukupi sama ada kos ataupun tenaga kerja, manpower dan sebagainya untuk mengurus sistem baru ini.
01:14Bagaimana transisi ataupun peralihan sistem memproseskan pendaftaran pelarian ini daripada UNHCR kepada kerajaan dapat berjalan dengan lancar dan apa mungkin
01:26risiko apabila sistem ini berkuatkuasa?
01:28Adakah ia dapat benar-benar membantras isu-isu yang timbul sebelum ini seperti wujudnya sindiket dan wujudnya isu keselamatan dan
01:37sebagainya?
01:38Ini yang akan kami kupaskan pada jam ini.
01:41Saya bersama dengan Dr. Aslam Jalil, Pencarakanan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan INPUMA Universiti Melayah untuk kita kupas pendaftaran
01:50ataupun dokumen pendaftaran pelarian DPP ini.
01:52Terima kasih Dr. Aslam Sudi bersama kami dalam agenda Awani. Pertama sekali kita ingin faham apa sebenarnya dokumen pendaftaran pelarian
02:01DPP ini, apa keperluan atau rasional yang diberikan untuk wujud sistem ini dan apa bezanya dengan sistem yang sudah perwujud
02:08bawah UNHCR sebelum ini?
02:11Terima kasih Nailah kerana menjemput saya pada hari ini.
02:13Sememangnya kita tahu bahawa sekarang pelarian di Malaysia didaftarkan oleh UNHCR ataupun United Nations High Commissioner for Refugees dan mereka
02:23mendaftarkan pelarian daripada 51 buah negara di Malaysia.
02:27Bukan sahaja Rohingya, bukan sahaja mereka dari Myanmar tetapi mereka yang datang daripada 51 buah negara.
02:35UNHCR mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1970-an akibat perang di Vietnam dan terus beroperasi hingga ke hari ini.
02:45Jadi dalam isu pendaftaran, sebelum ini kerajaan Malaysia sebenarnya sudah pun membuat regularisasi kepada golongan pelarian tertentu.
02:55Contohnya Moro di Sabah, orang Bosnia, golongan Aceh dan juga Syria memberikan mereka suatu dokumen yang membolehkan mereka bekerja dan
03:06tinggal secara sah sementara di Malaysia.
03:09Jadi program yang dilaksanakan kerajaan bukanlah baharu. Perbezaannya sebelum ini langkah-langkah dilaksanakan secara ad hoc ataupun case by case
03:20basis.
03:20Tidak ada dasar yang jelas. Pada ketika ini pihak kerajaan ingin menjalankan dokumen pendaftaran pelarian ataupun DPP.
03:28DPP diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2026. Jadi DPP mempunyai dua fasa.
03:36Fasa pertama, mereka akan menyaring ataupun mendaftar tahanan yang berada di tahanan imigrisin.
03:43Pada ketika ini, sebanyak 4,010 orang telah didapatkan dari segi data mereka pada Julai 2026.
03:52Dan kerajaan telah 128 tahanan warga negara Myanmar ataupun etnik Rohingya dipindahkan ke pusat pengasingan khas pelarian dan pemohon suaka
04:05di Bidur, Perak
04:06untuk proses penentuan status. Daripada jumlah ini, 78 daripada mereka diberikan status pelarian.
04:16Itu fasa pertama. Fasa kedua, matlamat kerajaan untuk mendaftar mereka yang berada di luar daripada tahanan.
04:23Cuma, proses ini dijangka selesai pada 31 Desember 2029. Jadi ini akan mengambil masa yang agak lama.
04:35Perbezaannya ialah DPP ini merupakan proses yang dijalankan oleh pihak kerajaan tanpa campur tangan UNHCR.
04:44UNHCR mempunyai pihawayan yang tertentu dari sudut antarabangsa berdasarkan konvensyen pelarian.
04:52Jadi Malaysia tidak menandatangani konvensyen pelarian. Jadi Malaysia mempunyai kriteria tertentu.
04:58Cuma yang menjadi tanda tanya apakah kriteria yang ditentukan dalam DPP ini.
05:04Jadi ada sedikit perbezaannya tentunya. Tapi satu lagi perbezaan yang belum mungkin aslam sentuh adalah dari sudut kos.
05:13Itu menjadi satu kebimbangan yang ramai orang suarakan di media sosial kan.
05:19Sampai bila negara, kerajaan perlu tanggung pelarian yang begitu ramai katanya di media sosial kan.
05:27Ada betulnya, ada mungkin yang kurang betulnya di situ. Tapi kalau dari sudut kos.
05:31Kalau sebelum ini, kalau tak silap saya, bermaksud PBB ataupun ada voluntary contribution melalui UNHCR dan sebagainya untuk negara-negara
05:41berbeza.
05:42Tetapi kalau dengan adanya sistem baru ini, adakah ini bermaksud kerajaan perlu tanggung kos sistem pendaftaran?
05:48Sememangnya benar. Berdasarkan situasi semasa, UNHCR didanai oleh sumbangan secara sukarela oleh negara-negara di dunia ini.
05:59Ini termasuklah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan sebagainya.
06:03Jadi negara-negara di dunia ini tidak dipaksa untuk menyumbang kepada UNHCR tetapi secara sukarela.
06:09Berbalik kepada kos, sebenarnya menurut data dari tahun 1990 sehinggalah tahun 2000,
06:15Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM589,000 Amerika Syarikat kepada UNHCR untuk pengoperasian UNHCR.
06:26Jadi sebelum ini, Malaysia juga turut berbesar hati menyumbang kepada UNHCR untuk menguruskan pelarian.
06:32Cuma sekarang ini, sumbangan itu tidak diteruskan.
06:36Jadi apa yang kita lihat, ya ini merupakan kos yang akan diambil oleh-oleh kerajaan sekiranya kita menjalankan DPP
06:45dan saya merasakan ini adalah usaha kerajaan untuk menguruskan pelarian secara tersusun contohnya.
06:55Apa yang saya lihat, kenapa kerajaan ingin mengambil alih tugas ini?
07:00kerana kerajaan Malaysia sering menyatakan bahawa UNHCR tidak berkongsi maklumat secara terperinci dengan pihak kerajaan.
07:07Walaupun jika kita melihat laman sesawang UNHCR sendiri, mereka sentiasa akan mengemaskini jumlah pelarian di Malaysia ini.
07:17Jadi saya, itu data yang transparent yang sesiapa sahaja boleh lihat.
07:22Dan alasan kedua, kerajaan Malaysia merasakan bahawa UNHCR merupakan entiti asing
07:29dan kerajaan tidak terlibat dalam proses penyaringan siapakah pelarian.
07:34Jadi ini merupakan dua alasan mengapa kerajaan rasa curiga dan syakwasangka dengan UNHCR.
07:42Jadi sememangnya apabila dasar ini dilaksanakan, kerajaan yang akan mengambil kos ini.
07:47Saya juga ingin menarik perhatian bahawa terdapat suara yang mencadangkan bahawa perlu diwujudkan kamp pelarian.
07:54Jadi kamp pelarian juga merupakan satu dasar yang melibatkan kos yang sangat tinggi
08:01dan sekiranya itulah dasar yang kerajaan Malaysia ingin ambil, ini akan mewujudkan bebanan kewangan
08:09dan dalam yang sama, masa yang sama akan mewujudkan masalah-masalah lain.
08:13Contohnya apabila sesuatu kelompok diasingkan daripada masyarakat awam,
08:18mereka terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan, bantuan makanan dan sebagainya
08:23yang Malaysia pun tidak mampu untuk mendanainya.
08:27Banyak yang kita boleh kupas daripada poin itu tapi saya ingin tarik perhatian juga
08:32kepada satu lagi isu yang selalunya disuarakan rakyat Malaysia terutamanya di media sosial baru-baru ini
08:39kita lihat proses penempatan semula pelarian ke negara ketiga.
08:45Mungkin kita boleh faham dulu macam mana proses sedia ada melalui UNHCR,
08:49apa mungkin masalah yang didepani untuk menempatkan semula pelarian
08:53dan kalau kita lihat proses ataupun situasi ketika ini
08:58di mana proses pendaftaran telahpun diarahkan berhenti oleh kerajaan
09:05untuk pihak UNHCR untuk menggantungkan seketika proses pendaftaran pelarian
09:10untuk beralih kepada sistem baru ini.
09:13Jadi dengan penggantungan ini adakah ini akan memberi impak kepada proses penempatan semula?
09:17Jadi Malaysia sering mengharapkan bahawa pelarian akan ditempatkan ke negara ketiga
09:24dalam situasi ini UNHCR akan berkolaborasi dengan negara-negara ketiga
09:30yang bersetuju untuk mengambil pelarian dari pelbagai negara
09:34bukan sahaja Malaysia sebenarnya tetapi realitinya kita melihat dari segi data
09:39kurang daripada 1% pelarian di dunia ini yang mendapat tempat ke negara-negara ketiga
09:47maksudnya ini merupakan satu dasar yang mengambil masa yang amat panjang
09:54dan kita perlu ingat negara-negara ketiga ini mempunyai politik domestik mereka
10:00mereka juga menghadapi situasi di mana rakyat mereka tidak mahu menerima lagi pelarian
10:06jadi ini juga mempengaruhi kuota pelarian yang mereka ambil
10:12contohnya sebelum ini AS mengambil banyak pelarian termasuklah dari Malaysia
10:17tetapi apabila Donald Trump menjadi presiden beliau telah mengurangkan kuota ini
10:23dan ini menyebabkan ramai pelarian yang tidak dapat tempat ke negara ketiga
10:29jadi apa yang saya lihat betapa sistem DPP ini sebenarnya bagus
10:36kerana kerajaan ingin mengambil tanggungjawab
10:39cumanya terdapat kelemahan-kelemahan tertentu ataupun cabaran-cabaran tertentu
10:43kerana apabila UNSCR diarahkan untuk memberhentikan proses pendaftaran
10:48ini akan mewujudkan risiko perlindungan kepada banyak pelarian
10:53yang masih lagi menunggu status mereka disaring ataupun ditentukan oleh UNSCR
10:59melalui refugee status determination process
11:02dan telah kita nyatakan, kerajaan telah menyatakan
11:05fasa kedua DPP akan berlangsung sejak dari sekarang
11:10dan berakhir 31 Disember 2029
11:14itu mengambil masa yang amat panjang
11:16jadi sekiranya sesiapa yang tidak mempunyai dokumen
11:19ataupun tidak dapat akses kepada DPP ini
11:23ataupun perlindungan daripada UNSCR
11:25mereka mungkin akan ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen yang sah
11:29dan ditahan di depo tahanan imigresen
11:31dan lebih teruk mereka juga mungkin akan dihantar pulang
11:34ke negara asal di mana mereka berhadapan dengan konflik ataupun ancaman
11:57proses saringan yang asal sebut tadi
11:59refugee determination system atau RDS itu
12:02ini juga satu faktor ataupun kebimbangan yang dipertikaikan pihak kerajaan
12:09ini kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Saifuddin Nasution Ismail
12:13baru-baru ini menyuarakan proses verifikasi ataupun identification
12:19untuk menentukan sama ada seorang individu ini adalah pelarian ataupun tidak
12:24ini tentunya membabitkan isu-isu sindiket dan sebagainya
12:29tuduhan bahawa agensi ini mungkin memberikan status pelarian itu
12:35dengan begitu senangnya itu antara tuduhan yang selalu dilemparkan dan disuarakan
12:39untuk kita faham dalam konteks ini adakah sistem baru seperti DPP ini akan
12:46membolehkan usaha untuk membanteras isu-isu keselamatan isu sindiket dan sebagainya
12:51apa mungkin kepentingannya untuk sistem ini memastikan masalah sama tidak berulang
12:57mungkin ada sindiket-sindiket tertentu tetapi kita perlu nilai secara keseluruhannya
13:04sindiket ini tidak banyak sebenarnya kerana apa yang berlaku ataupun pihawaian yang ditetapkan oleh UNHCR
13:13berdasarkan kriteria antarabangsa itu sangat ketat
13:16jadi bukan sesiapa sahaja sewenang-wenangnya boleh diberikan kat UNHCR
13:21sebaliknya mereka perlu ditemubual, perlu disahkan status mereka dan sebagainya oleh UNHCR
13:34jadi saya merasakan bahawa untuk memperbaiki sistem ini sebenarnya perlu ada kolaborasi yang lebih utuh
13:43antara UNHCR dengan pihak kerajaan
13:45bukanlah pihak kerajaan ingin mengabaikan terus sistem yang ada oleh UNHCR
13:54malah kita perlu ingat bahawa untuk memastikan negara-negara ketiga percaya kepada sistem tersebut
14:03supaya mereka yakin untuk mengambil pelarian-pelarian dari Malaysia
14:07sekiranya sistem itu tidak transparent, tidak telus
14:11bagaimana negara-negara ketiga ingin percaya terhadap kredibiliti sistem itu sendiri
14:17dan akhirnya akan mempengaruhi usaha mereka untuk mengambil pelarian di Malaysia
14:22contohnya tidak ada sumber kuasa yang jelas dari segi DPP itu sendiri
14:28pada ketika ini akta immigration dan akta pasport menjadikan pelarian merupakan pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen
14:37dan kita mempunyai arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 berkenaan mekanisme pengurusan pelarian
14:44malangnya arahan Majlis Keselamatan No. 23 ini tidak diketahui umum
14:49merupakan satu rahsia
14:51jadi kita tidak tahu apakah kriteria yang digunakan oleh pihak kerajaan
14:56untuk mengenalpasti seseorang itu layak mendapatkan perlindungan ataupun tidak
15:02layak diberikan kad DPP ataupun tidak
15:05dan sebagainya ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya
15:09yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan dengan berkolaborasi secara utuh dengan pihak UNHCR
15:17jadi banyak lagi sebenarnya harmonisasi ataupun alignment yang perlu ada
15:22dari segi tatbir urus dengan dari sudut undang-undang dan hak dan sebagainya
15:28bagaimana untuk kita lihat saya tertarik dengan poin proses penempatan kepada negara ketiga
15:35dan kredibiliti itu juga penting
15:37bagaimana ini mungkin memberi kesan atau tidak kepada persepsi masyarakat antarabangsa
15:44bagaimana mungkin masyarakat di Asia Tenggara dalam konteks ASEAN mungkin
15:48ataupun lebih besar daripada itu
15:50persepsi melihat perubahan dasar ini
15:53ini mungkin align selari dengan bagaimana kita lihat negara-negara Eropah
16:02negara-negara di Amerika Syarikat juga termasuk
16:08semakin bergerak ke arah polarisasi itu satu dari segi politik
16:13semakin tertutup, semakin insulated dan juga semakin kurang minat terhadap isu-isu pelarian
16:21isu-isu kemanusiaan dan sebagainya
16:24kita lihat gerakan xenofobik itu satu
16:28tetapi anti pelarian ini semakin meningkat
16:31jadi adakah ini mungkin bergerak selari dengan trend global
16:36ataupun adakah ini mungkin keterbelakang?
16:40bagaimana?
16:40malangnya itu yang menjadi fenomena di seluruh dunia
16:44apabila gerakan kanan yang ekstrim semakin meningkat naik
16:49dan semakin popular
16:50yang xenofobik dan resis
16:53dan kita melihat situasi ini di seluruh dunia nampaknya
16:57dan ini yang saya nyatakan sebentar tadi
17:00menjadi cabaran kepada negara-negara ketiga
17:02untuk mengambil pelarian di Malaysia
17:04jadi kita selalu mengharapkan pelarian ini boleh ke negara lain
17:08tetapi hakikatnya itu juga merupakan cabaran
17:11kerana mereka juga tidak menyukai pelarian
17:15perlu kita ingat walaupun Malaysia bukan penandatangan
17:18konvensyen pelarian 1951 dan protokolnya 1967
17:23Malaysia menandatangani konvensyen berkenaan hak kanak-kanak CRC
17:29dan juga konvensyen penghapusan diskriminasi terhadap wanita
17:33SIDOR
17:34jadi kita perlu menilai bahawa konvensyen-konvensyen ini
17:38menuntut Malaysia untuk memberikan perlindungan dan kesamarataan
17:44terhadap seluruh wanita dan juga kanak-kanak termasuklah kolongan pelarian
17:49apa yang kita boleh lihat dari sudut negara tetangga contohnya
17:54negara Thailand baru-baru ini memberikan hak untuk bekerja kepada golongan pelarian
18:00kerana mereka percaya bahawa golongan pelarian boleh menyumbang terhadap kepada ekonomi mereka
18:06dan saya merasakan Malaysia juga boleh mengambil langkah yang sama
18:10kerana kita perlu nilai bahawa pelarian di Malaysia ini
18:15tidak mendapat apa-apa bantuan kewangan daripada pihak UNHCR
18:20mereka merupakan independen
18:23mereka sekiranya boleh dibenarkan bekerja
18:27ini akan mengasah potensi mereka
18:30dan mereka dapat menyumbang kepada ekonomi
18:33laporan idea setelah menyatakan bahawa
18:36sekiranya pelarian di Malaysia dibenarkan bekerja secara sah
18:39mereka boleh menyumbang 6.5 bilion kepada ekonomi Malaysia setiap tahun pada tahun 2040
18:48dan dasar ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan
18:53sebanyak 4,000 kepada rakyat Malaysia
18:56sekiranya pelarian ini mempunyai pendidikan
18:59mereka mempunyai kemahiran
19:02mereka boleh menyumbang kepada ekonomi
19:05ini akan menarik minat negara-negara ketiga
19:09untuk mengambil pelarian yang produktif dari Malaysia
19:13dan akhirnya mewujudkan situasi menang-menang
19:16kepada golongan pelarian
19:17kepada Malaysia dan juga kepada negara-negara ketiga
19:21saya ingin berbalik kepada soal polisi ataupun dasar
19:25tadi saya kira sudah banyak kita menyentuh tentang hal risiko
19:31ataupun kelemahan yang mungkin akan timbul daripada DPP dan sistem ini
19:36tetapi kalau kita lihat dari sudut positif tadi Aslam pun ada sebut
19:39mungkin ini boleh dilihat secara positif
19:42usaha kerajaan untuk mengurus ataupun memperkenalkan dasar yang lebih jelas
19:47adakah Aslam melihat DPP ini mungkin langkah pertama
19:50ataupun menjadi asas foundation untuk kita melihat
19:53satu dasar pelarian nasional yang lebih komprehensif
19:57lebih jelas pada masa depan
19:58Ya, saya berpandangan ini merupakan satu langkah yang positif
20:02kerana kerajaan sekarang kisah tentang isu pelarian
20:05dan ingin mengambil tanggungjawab
20:07cumanya cabarannya dokumen pendaftaran pelarian ini
20:11bukanlah dasar yang komprehensif kepada pelarian
20:15sebaliknya ini merupakan langkah pendaftaran semata-mata
20:19kerana apa yang berlaku mereka ingin mendapatkan data
20:23kepada golongan pelarian
20:25dasar pelarian yang komprehensif perlu merangkumi empat perkara
20:29pertama, dokumen
20:31kedua, hak untuk bekerja ataupun untuk sara diri
20:35ketiga, hak untuk mendapatkan pendidikan
20:38dan keempat, hak untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik
20:42jadi ini merupakan dasar perlindungan komprehensif kepada golongan pelarian
20:48sedangkan dokumen pendaftaran pelarian
20:50hanyalah merupakan langkah pendaftaran semata-mata
20:54kerana kerajaan tidak pun pernah memberikan jaminan
20:59bahawa pendaftaran ini akan membolehkan mereka mendapatkan hak-hak yang lain
21:04malah lebih membimbangkan
21:06baru-baru ini Perdana Menteri menyatakan bahawa
21:09Malaysia akan menghantar pulang 5,000 etnik Rohingya pulang ke Myanmar
21:14sedangkan kita tahu Myanmar sedang menghadapi krisis
21:18ataupun konflik yang sangat teruk
21:20dan kita tahu etnik Rohingya menghadapi genocide di sana
21:24malah apa yang kita tahu
21:26Presiden Myanmar sendiri telah pun mendapat waran tangkap
21:29daripada ICC
21:30International ICC
21:34jadi saya merasakan
21:36dan rentetan daripada itu
21:38Menteri KDN menyatakan bahawa
21:41mereka sedang menyaring siapakah pelarian ini yang akan dihantar pulang ke Myanmar
21:47dan dalam masa yang sama
21:48beliau menyatakan soal DPP
21:51jadi saya amat bimbang
21:53sekiranya DPP ini digunakan
21:56untuk mengenalpasti
21:58menyaring dan mendaftar mereka yang akan
22:02dihantar pulang ke Myanmar
22:04dan besar kemungkinan akan
22:06dipaksa untuk menyertai peperangan
22:09ataupun menghadapi hukuman bunuh
22:11Kita berbaki 3-4 minit sahaja lagi
22:14tapi tadi Aslam sudah pun suarakan
22:17satu harapan adalah untuk melihat kerjasama
22:20dapat diteruskan antara pihak kerajaan dan UNHCR
22:23tidak untuk membuang segala inisiatif
22:26yang telah pun diusahakan pihak UNHCR selama berdekad
22:30telah menjayakan sistem ini
22:32tetapi selain daripada itu apa mungkin penanda aras
22:35ataupun benchmark yang Aslam ingin letakkan
22:38untuk kita menilai pelaksanaan DPP ini berjaya
22:41atau tidak untuk 3-4 tahun akan datang
22:44Saya merasakan bahawa DPP ini usaha yang baik
22:48cumanya banyak perkara yang perlu ditambah baik
22:53contohnya dari segi fasa pelaksanaannya
22:56akan dilaksanakan sehingga 31 Desember 2029
23:00dan dalam masa yang sama UNHCR tidak boleh
23:04mendaftar pelarian ataupun pencari suaka yang lain
23:07ini akan mewujudkan risiko perlindungan
23:10kepada golongan pelarian itu sendiri
23:12itu yang pertama
23:13yang kedua saya ingin melihat DPP ini
23:16bukan sekadar langkah pendaftaran semata-mata
23:20sebaliknya DPP ini perlulah merupakan
23:23salah satu daripada dasar komprehensif
23:26kepada golongan pelarian yang merangkumi
23:30pendokumenan ataupun pendaftaran hak kepada
23:34akses kepada kerja, akses kepada pendidikan
23:38dan juga akses kepada kesihatan
23:39Ya tentunya itu yang kita akan lihat
23:42untuk beberapa tahun akan datang
23:43sama ada ia menjadi asas kepada dasar-dasar
23:47yang akan datang, dasar yang lebih komprehensif
23:49dan menyeluruh dapat meliputi hak
23:51pekerjaan dan pendidikan dan sebagainya
23:53tetapi tentunya mungkin sedikit membimbangkan
23:57apabila kita melihat dalam konteks politik
23:59ataupun polarisasi yang berlaku
24:01bukan sahaja di sini tetapi di seluruh dunia
24:04tentunya yang akan memberi kesan
24:07untuk tahun-tahun akan datang
24:08Terima kasih Dr. Aslan Berjala
24:10Pencarakanan Institut Antarabangsa Polisi Awam
24:12dan Pengurusan IPUMA Universiti Melayu Sudi
24:15bersama kami untuk kongsikan pandangan
24:16berhubung dengan dokumen pendaftaran pelarian
24:19ataupun DPP bagaimana usaha
24:22ataupun inisiatif baru kerajaan ini
24:23untuk mengurus ataupun mengenalkan
24:26satu pangkalan data ataupun database pelarian
24:28di Malaysia bagi menggantikan peranan
24:30yang dimainkan oleh UNHCR sebelum ini
24:33dan tentunya laporannya dan apa-apa
24:35perkembangan berkenaan dengan ini
24:36akan kami bawakan di Astro Awani
24:39itu sahaja untuk agenda Awani
24:40jam ini bersama saya
24:41Alhamdulillah
24:42Salam Man
24:43Terima kasih kerana menonton!
Comments