Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Laporan RCI Tabung Haji membuka semula persoalan tentang integriti, tadbir urus dan campur tangan politik dalam badan berkanun. Bersama Aira Azhari daripada IDEAS, Agenda AWANI meneliti pengajaran daripada RCI, keperluan memperkukuh pelantikan berasaskan merit serta langkah-langkah memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi awam.
Transcript
00:25Sari kata oleh SDI Media
00:30Dan ketika jutaan pendiposit meletakkan kepercayaan mereka kepada tabung haji untuk menguruskan simpanan dan ibadah hajai, pendedahan dalam laporan ini
00:41menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan struktur mekanisme semak dan imbang serta keperluan reformasi menyeluruh bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
00:52Dan dalam konteks ini sejauh mana dapatan dan syur RCI mampu menjadi titik perubahan kepada tabung haji serta apakah langkah
01:03yang perlu diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat dalam memastikan institusi ini kekal bebas, telus dan berdaya tahan pada masa hadapan.
01:13Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Ideas bersama-sama saya menerusi dalam talian ketika ini.
01:23Assalamualaikum Aira.
01:25Waalaikumsalam Izan.
01:26Kita membincangkan satu perkara dan juga isu yang sangat besar. Tetapi untuk dapatan yang paling penting dalam surahan jaya siasatan
01:35diraja RCI tabung haji dan sejauh mana ia mengubah sebenarnya arah pemahaman rakyat terhadap kemelut yang berlaku sebelum ini.
01:43Ya Ehsan, pada pandangan ideas, penerbitan laporan ini merupakan satu titik penting sebenarnya ke arah ketelusan dan accountability.
01:57Kami amat mengaluh-alukan penerbitan laporan ini tetapi saya sedikit risau dengan timing penerbitan ini masa laporan ini diterbitkan.
02:10Jadi saya persoalkan kenapa laporan yang sepenting ini oleh sebuah surahan jaya siatan diraja diperam begitu lama dan hanya diterbitkan
02:23beberapa hari sebelum PRN Negeri Sembilan.
02:26Jadi bila kita ada, bila report ini diterbitkan beberapa hari sebelum PRN ini, kita tak dapat elakkan bahawa kandungan laporan
02:40akan dijadikan sebagai satu bahan kempen politik.
02:43Jadi ini yang kita lihat berlaku dan pada saya ia sesuatu yang tak sepatutnya dijadikan isu politik sebab risiko dia
02:56ialah bila dah habis PRN macam ini, risiko dia ialah kita dah lupa tentang isi kandungan laporan,
03:03tentang apa yang perlu ditambah baik dan kita semasa kempen PRN itu sendiri kita lihat laporan itu dibincangkan dalam nada
03:16yang menunjukkan,
03:18oh saya tak bersalah, orang ini yang bersalah. Jadi kita tak nak laporan ini dijadikan sebagai satu bahan untuk menyalahkan
03:26individu tetapi kita nak laporan ini menjadi satu pencetus kepada perubahan penambahbaikan dari segi institusi
03:33lembaga tamu haji itu sendiri. Jadi sebab itu kami tegaskan laporan ini sepatutnya diterbitkan lebih awal lagi sebab perkara yang
03:45berlaku yang telah didedahkan oleh laporan ini pun dah beberapa tahun yang lepas ni sebelum PRU 15 lagi.
03:56kan jadi dah beberapa tahun jadi bila perkara sepenting ini ditangguhkan itu yang kita lihat proses penambahbaikan itu pun akan
04:10menjadi perlahan dan sekarang pun kita dalam musim pilihan raya lepas dia ada PRN kemudian akan ada PRU lagi.
04:16jadi kita tahu di Malaysia ni bila tengah, bila orang sibuk berkampen untuk pilihan raya, banyak reformasi institusi yang sepatutnya
04:26bergerak, dia akan jadi proses itu akan jadi lebih perlahan ataupun ada risiko dia akan diberhentikan terus.
04:32Jadi itu kerisauan dari pihak kami lah.
04:36Adakah apa yang dinyatakan oleh Aira ini membawa kepada satu persoalan? Adanya campur tangan politik? Memang wujudnya campur tangan politik
04:45sebelum ini?
04:45Ya jadi kita dapat lihat dalam laporan RCI itu sendiri menunjukkan bahawa pentadbiran tabung haji pada ketika itu ya lembaga
04:58pengarah tabung haji memang ada anggota parti politik dan juga ahli politik yang aktif ada yang ketua bahagian, ketua wanita
05:08di bahagian contohnya yang di dalam lembaga pengarah sendiri.
05:11dan sebenarnya kalau kita nak kata ini satu amalan yang salah pun, saya tak boleh nak kata salah sebab akta
05:22tabung haji.
05:23Jadi tabung haji merupakan satu badan berkanon ya iaitu ditubuhkan melalui akta.
05:27Akta sendiri membenarkan menteri untuk melantik ahli lembaga pengarah dan juga ketua pegawai eksekutif lembaga tabung haji.
05:36Jadi kita semua tahu menteri merupakan walaupun menteri ini satu jawatan yang diberi sebagai satu amanah untuk menjaga ataupun memimpin
05:51sebuah portfolio
05:51tetapi bila seorang menteri boleh membuat lantikan secara tidak langsung akan ada pengaruh politik dan ini sudah dibuktikan oleh laporan
06:02Surajaya Diraja ini.
06:03Contohnya kita lihat apabila ada ahli-ahli politik dari satu parti ya daripada UMNO contohnya di dalam lembaga pengarah dan
06:13sebagainya.
06:14kita dapat lihat bahawa keputusan yang diambil keputusan untuk keputusan dari segi pelaburan, keputusan untuk mengagihkan hibah, keputusan untuk memberi
06:27bonus kepada kaki tangan syarikat
06:29ia akan dipengaruhi oleh konflik kepentingan. Konflik of interest ini sebenarnya perkara yang saya rasa mungkin kurang difahami oleh masyarakat
06:42awam iaitu
06:42apabila terdapat konflik kepentingan maka decision making, proses pembuat keputusan itu akan dikompromi.
06:50Jadi antara dapatan daripada laporan ini yang saya kira sangat merisaukan ya contohnya seperti di mana pada tahun-tahun di
07:02mana liability lembaga tamu haji sebenarnya sangat tinggi
07:05kita dapat lihat bahawa beratus juta diagihkan dalam bonus kepada kaki tangan. Jadi ini perkara yang dalam satu lembaga pengarah
07:18mana-mana syarikat sebenarnya bukan hanya untuk badan berkandun sepatutnya perkara ini tidak berlaku sebab kepentingan lembaga tamu haji sebagai
07:30sebuah institusi itu sepatutnya mengatasi
07:32kepentingan mana-mana individu. Jadi ini implikasi ataupun impaknya apabila kita ada pengaruh politik ataupun pembuat keputusan itu ada konflik
07:45kepentingan
07:45sebab that person merupakan ahli politik yang masih aktif dalam mana-mana parti politik sebenarnya.
07:55Dan apa yang saya harap ialah dapatan ini akan menunjukkan bahawa mana-mana ahli politik dia bukan terpakai kepada satu
08:06parti politik sahaja.
08:08masalah dia bukan parti politik mana tetapi macam mana kita nak reform sistem ini supaya pada masa hadapan kita takkan
08:15ada ahli politik daripada parti lain pula.
08:17So itu sebenarnya isu pokoklah yang saya lihat perlu ditambah baik dan saya harap rakyat Malaysia akan nampak masalah inilah
08:30dengan RCI ini.
08:32Dalam hal ini kan Aira, kalau kita nak melihat persoalan di mana sebenarnya antara garis pemisah yang wajar antara peranan
08:42kerajaan sebagai pemegang amanah
08:45dan juga kebebasan institusi dalam membuat keputusan profesional. Kalau kita sebut pasal kerajaan ini ia tidak lepas dan tidak lari
08:53daripada ahli-ahli politik contohnya.
08:55Betul. Jadi pemisahan peranan ini sebenarnya sesuatu yang sangat penting dan saya akui bukan mudah untuk kita ada pengasingan yang
09:08betul-betul jelas.
09:11Tetapi mungkin kita boleh mula dengan satu kesedaran bahawa sebagai kerajaan, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tabung haji ditadbir dengan
09:26baik dari segi governance ya.
09:28Tetapi kita perlu juga membezakan antara pengawasan, pemantauan dengan campur tangan.
09:34Jadi pengawasan bermaksud kerajaan memastikan adanya accountability, pematuhan kepada undang-undang dan penting yang paling penting sekali perlindungan terhadap kepentingan
09:46pendeposit.
09:47Jadi kita kena ingat stakeholder atau pemegang taruh yang terpenting ataupun terbesar dalam lembaga tabung haji ialah jutaan orang Islam
09:58di Malaysia yang mendepositkan wang mereka di dalam tabung haji.
10:02Jadi itu sepatutnya menjadi red line yang pertama. Apakah, adakah keputusan yang diapil ini adalah yang terbaik untuk pendeposit tabung
10:12haji.
10:13Berbalik kepada campur tangan pula, campur tangan ini berlaku apabila keputusan yang sepatutnya dibuat secara objektif, secara profesional, secara independent
10:23dipengaruhi oleh pertimbangan politik.
10:27Jadi apa maksud saya bila saya kata pertimbangan politik? Jadi, so ini risiko dia kan bila kita ada ahli politik
10:35dalam lembaga pengarah.
10:38Saya bagi contoh, contohnya tahun 2026 ni kita akan ada PRU contohnya ya.
10:45dan secara lazimnya bila ada PRU tentu sekali parti-parti politik mahukan rakyat merasai satu perubahan yang positif ataupun kita
10:59nak mereka akan mahu rakyat rasa,
11:01oh, saya dapat hibah tabung haji yang lebih pada tahun ini, terima kasih kepada parti sekian-sekian.
11:07Jadi, ini pertimbangan politik yang bahaya yang kita tak nak ada dalam satu institusi seperti lembaga tabung haji
11:15yang sepatutnya membuat keputusan yang berada saya rasa above political consideration.
11:23Jadi, sebenarnya kita tak cadangkan kerajaan itu berundur sepenuhnya.
11:29Itu bukan cadangan kami.
11:31Sebenarnya apa yang diperlukan ialah satu struktur yang memberikan pengawasan,
11:36pemantauan yang berkesan tetapi pada masa yang sama melindungi juga kebebasan institusi dalam membuat keputusan.
11:42Jadi, saranan kami yang pertama sekali sebab itu number one yang paling penting kita tak boleh ada ahli politik di
11:52dalam lembaga pengarah.
11:53Yang kedua, okay, bila kita dah keluarkan ahli politik ini,
11:57ada yang akan argue bahawa, oh, kalau macam itu, macam mana kita nak ada pemantauan dari pihak eksekutif
12:06sebab tabung haji ini kan satu badan berkanun, satu badan yang accountable kepada orang awam.
12:13Jadi, sebab itu idea setekankan bahawa di sini adalah peranan parlimen yang penting.
12:18Jadi, ahli politik selaku ahli parlimen boleh memainkan peranan sebagai pemantau kepada lembaga tabung haji
12:26melalui institusi di parlimen, contohnya jawatan kuasa.
12:30So, di parlimen kita sepatutnya kita tubuhkanlah satu jawatan kuasa
12:34di mana kita ada ahli parlimen dari semua parti.
12:37Jadi, dia lebih balance, dia bi-partisan, dia lebih seimbang
12:41supaya semak dan imbang itu boleh dilakukan oleh parlimen sebagai satu institusi yang lebih bebas
12:47dan parlimen adalah institusi yang mendapat mandat rakyat dari segi demokrasi.
12:51Jadi, itu struktur yang lebih seimbang dan struktur yang masih lagi ada penglibatan dan penyertaan daripada ahli politik
13:00tetapi secara dalam struktur yang lebih seimbang.
13:07Jadi, itu yang kita sarankan.
13:10Jadi, mungkin ada yang akan persoalkan macam mana takkan kita nak buang terus peranan ahli politik?
13:17Tidak, tetapi bukan dalam lembaga pengarah.
13:19Jangan buang terus, tapi bukan dalam ahli lembaga pengarah.
13:23Itu penting untuk kita faham.
13:25Aira, satu dapatan daripada RCI adalah berkaitan betapa pentingnya berkaitan dengan ketelusan
13:31dalam institusi seperti tabung haji dan sebagainya.
13:35Tetapi, kadang-kadang kita berfikir mengenai bagaimana untuk kita menutup kelemahan,
13:40untuk kita elak defisit kepercayaan dan seterusnya untuk kita tutup berkaitan dengan kebenaran.
13:46Adakah amalan ini benar-benar akan menjatuhkan sesebuah institusi
13:54ataupun Aira melihat bagaimana untuk memastikan bahawa keadaan itu tidak menjadi panik atau sebagainya?
14:01Apa yang perlu kita faham berkaitan dengan ketelusan ini?
14:05Ya, jadi ketelusan kerajaan ini sebenarnya adalah sesuatu prinsip yang perlu dilihat
14:16bukan sebagai satu ancaman ataupun oh kita nak buka fukum ke ataupun memalukan mana-mana pihak.
14:25Itu bukan tujuan dia.
14:27Sebenarnya ketelusan, tujuan ketelusan ialah untuk membentuk keyakinan awam.
14:34Jadi, dan lebih-lebih lagi pada tahun 2026 ini di mana sumber maklumat itu kita tak boleh nak kawal.
14:43Jadi, sumber maklumat sangatlah demokratis sekarang.
14:47Jadi, sebagai dan rakyat sebenarnya rakyat dan juga pengundi saya rasa sekarang dah sangat bijak
14:57dan sangat pandai untuk membezakan apakah perkara yang benar dan apakah perkara yang tidak benar.
15:06Jadi, untuk mengelakkan spekulasi ataupun contohnya berita yang tidak benar, berita palsu yang tular dan sebagainya
15:20sebab tu sebagai kerajaan ketelusan tu harus menjadi prinsip yang utama
15:24sebab apabila kerajaan mengambil langkah ketelusan, maka keyakinan awam mungkin pada mulanya akan agak terkejut
15:39sebagai pendeposit tabung haji.
15:42Contohnya, kita rasa macam alamak saya risau dengan kepincangan dalam pentadbiran dan sebagainya
15:51tetapi dengan ketelusan itu, maka akan langkah pertama tu kita dah ambil.
16:00Jadi, keyakinan tu sebenarnya tidak dibina dengan menyembunyikan masalah.
16:05Keyakinan dibina apabila orang awam lihat, ok kita ada masalah, institusi mengambil maklum
16:11dan ini langkah-langkah yang kita ambil untuk penambahbaikan dan memastikan ada mekanisme
16:17yang diletakkan supaya masalah yang sama tidak berulang dan saya rasa ada kenyataan
16:26daripada Menteri Agama yang menyatakan bahawa langkah-langkah sudah pun diambil
16:32untuk memastikan bahawa masalah yang telah membelenggu lembaga tabung haji ini tidak berulang.
16:40Jadi, ok saya rasa ini adalah langkah yang baik tetapi perlu ada satu mekanisme di mana
16:49rakyat sentiasa diberi maklumat ataupun sentiasa diupdate lah tentang apa perkembangan
16:59langkah-langkah yang diambil ini dan kita tak nak nanti seperti banyak masalah
17:08misgovernance ataupun salah guna kuasa yang berlaku di Malaysia di mana masalah itu akan
17:16dibincangkan secara meluas untuk beberapa bulan kemudian kita tak tahu dah apa update dia.
17:25Jadi, kena lebih sistematik lah saya rasa proses untuk berkongsi maklumat
17:32dengan orang awam itu perlu lebih difikirkan dengan lebih sistematik dan teratur.
17:51Saya nak bawa tadi jawapan Aira di awal tadi berkaitan dengan timing masa dikeluarkan
17:56dikeluarkan report RCI ini. Adakah Aira merasakan ini betul-betul model politik yang
18:03digunakan ataupun dia selepas sedesakkan daripada pimpinan-pimpinan ataupun daripada
18:09alali politik yang lain untuk keluarkan laporan RCI ini? Adakah ini salah satu strategi
18:15politik yang Aira rasakan ia memang dilakukan pada saat dan waktu itu?
18:22Ya, saya sebenarnya persepsi itu mengatasi apa perkara sebenar yang mungkin berlaku.
18:33Ya, sebab kita lihat PRN Negeri Sembilan ini memang sudah sangat jelas bahawa
18:41Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan memang bertanding melawan satu sama lain
18:48di Negeri Sembilan kan dan BN telahpun ada satu Pakatan Electoral Pact lah dengan
18:58Perikatan Nasional dan kita lihat tiga hari sebelum itu release report RCI yang dapatannya
19:07jelas menunjukkan bahawa tabung haji pada masa itu dikemudi oleh ahli-ahli politik
19:17daripada UMNO. Jadi ini saya tak rasa ini adalah satu kebetulan lah. Saya rasa itu bukan
19:23coincidence dan persepsi yang menunjukkan bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk
19:34untuk kita publicize report ini sebab sekarang kita dah tak berkawan dengan
19:39Barisan Nasional lagi. Itu persepsi yang sama ada dirancang ataupun tidak sudah pun
19:47tertanamlah dalam saiki ataupun dalam pengikut-pengikut politik di Malaysia.
19:53Ya. Saya dapat apa yang Aira nyatakan bahawa ada kadang-kadang dan ketikanya
20:00persepsi itu akan mengatasi apa sahaja andaian kita selama ini dan ia akan
20:06didominasi oleh apa sahaja bentuk persepsi. Tetapi saya nak mengambil dua perkara yang
20:12Aira sebut sangat penting berkaitan dengan bukan sekadar satu ancaman dan juga ia adalah
20:17untuk membentuk keyakinan awam. Ini berkaitan dengan ketelusan yang perlu
20:21dikemukakan oleh sesebuah institusi dan kerajaan berkaitan dengan
20:25kepincangan apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi dalam hal ini kan Aira
20:31bagaimana untuk kita memulihkan kembali keyakinan lebih sembilan juta pendiposit
20:37tabung haji selepas pendedahan dalam laporan RCI ini. Kita tahu dengan keadaan
20:42kita dengan pilihan raya negeri itu negeri ini kita masih menunggu pilihan raya yang
20:49akan datang contohnya. Tetapi dalam masa yang sama sembilan juta pendiposit ini
20:53perlu jelas berkaitan dengan apa yang berlaku. Bagaimana untuk membentuk
20:59balik keyakinan pendiposit ini?
21:02Ya saya rasa langkah yang pertama yang perlu diambil ialah mungkin pentadbiran
21:11tertinggi dalam tabung haji sekarang ya. Dalam lembaga tabung haji sekarang
21:15harus mengandakan satu sidang media ataupun satu sesi penjelasan untuk
21:25meyakinkan pendiposit dan juga orang awam bahawa mereka sedang, mereka ambil serius
21:34apa yang dapatan dalam laporan ini dan langkah-langkah yang sedang diambil.
21:41Dan bila kita bercakap mengenai langkah-langkah, pada pendapat saya yang pertama sekali
21:49yang perlu diutamakan ialah untuk melihat kembali akta tabung haji itu sendiri.
21:55dan dalam kajian ideas juga ada menunjukkan bahawa tabung haji dan juga banyak
22:04badan berkanun yang lain di Malaysia sebenarnya untuk ada reform ataupun penambahbaikan
22:11yang bermakna akta itu sendiri perlu diteriti semula sebab antara masalah yang fundamental
22:20yang kita bincangkan tadi iaitu campur tangan politik itu hanya boleh betul-betul
22:26diberhentikan kalau ada pindaan kepada akta tabung haji itu sendiri yang akan
22:34memperkenalkan sistem baru untuk lantikan ahli lembaga pengarah dan juga ketua pegawai
22:41eksekutif sebenarnya. Jadi itu adalah langkah yang paling utama saya rasa dan saya faham
22:47ini langkah yang juga tidak mudah sebab untuk meminda akta pun perlu dibawa balik
22:55kepada parlimen, perlu ada majoriti mudah dan sebagainya. Tetapi proses untuk meminda
23:02itu boleh dibulakan dahulu ya. Boleh dibulakan dengan cara memanggil pemegang-pemegang
23:09taruh, memanggil siapa ini pakar dalam bidang untuk duduk bersama-sama dan
23:17fikirkan kembali macam mana untuk apa mekanisme yang paling sesuai untuk
23:24diletakkan di dalam akta tabung haji untuk lantikan ahli lembaga pengarah.
23:28Proses itu boleh dimulakan. Ya jadi sebelum dibawa ke parlimen lagi dan dalam banyak
23:34akta-akta sebelum ini memang macam itu pun proses dia. Ia dimulakan dulu di
23:38peringkat kementerian, di peringkat kerajaan dan bersama-sama libat urus dengan
23:44badan pemikir, dengan NGO dan sebagainya. Kemudian baru kita ada satu
23:49satu draft lah untuk bagaimana untuk dipinda akta tu dan sebagainya. Jadi
23:54proses itu perlu dimulakan dan pada saya itu adalah langkah yang paling
23:59bermakna sebab perubahan yang macam mana yang diinginkan pun kalau kita tak
24:07kembali kepada akta maka dia apa yang berlaku dalam institusi itu
24:12sebenarnya akan dihalalkan. Kalau kita boleh guna perkataan itu dihalalkan
24:17oleh akta itu sendiri. Jadi sebab itu perubahan perlu bermula di situ lah.
24:22Ya ini berkaitan dengan akta tabung haji 1995. Pindaan seperti yang
24:27dinyatakan oleh Aira tadi. Tetapi akhir sekali Aira kita tak punya banyak
24:30masa dalam kurang dua minit. Jika ada satu pengajaran besar daripada episod
24:34tabung haji yang perlu dijadikan panduan kepada semua badan berkanun
24:39ataupun syarikat berkaitan dengan JLC, apakah mesej paling penting yang perlu
24:44diberi perhatian oleh pembuat dasar dan juga pemimpin negara?
24:48Ya, mesej yang terpenting ialah badan-badan berkanun di Malaysia ini
24:54memegang amanah yang amat penting. Memegang amanah untuk jutaan rakyat
25:02Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jadi perlu ada kefahaman
25:09yang mendalam mengenai pentadbiran yang telus, pentadbiran yang ada
25:16accountability dan pertimbangan politik itu harus dijauhkan, dipisahkan
25:24dengan cukup jelas dan dengan bermakna iaitu melalui sumber
25:31ataupun punca kuasa badan berkanun itu sendiri iaitu undang-undanglah akta yang
25:37menumbuhkan badan-badan berkanun di Malaysia ini.
25:41Dan juga akhir sekali Aira secara ringkas bagaimana untuk kita menyedarkan
25:45bahawa segala yang berlaku ini kadang-kadang ia bukan satu kebetulan
25:50ataupun ia membina satu bentuk persepsi kerana akhirnya kita perlu
25:55meyakinkan rakyat dan juga masyarakat bahawa segala tindakan ini perlu
26:00berpaksikan kepada penguasaan dan juga akhirnya diberi semula kepada
26:06rakyat untuk mereka tidak terjejas dengan sebarang persepsi yang salah
26:10terhadap sesiapa sahaja.
26:12Ya inilah sebabnya kesedaran dan juga pendidikan dari segi peranan
26:19institusi itu perlu ada dalam kalangan masyarakat. Jadi kita selalu
26:24bincang tentang pendidikan politik tetapi saya nak tambah bahawa
26:27pendidikan dari segi peranan institusi negara itu perlu ada dalam
26:31kalangan masyarakat. Apakah peranan institusi-institusi kita dan
26:35kenapa dia perlu bebas daripada percaturan dan juga pertimbangan
26:39politik. Itu sangat penting. Ya kena bebas daripada percaturan dan
26:43juga pertimbangan politik seperti yang Ideas dan juga Aira cakap
26:46ini penting untuk memastikan bahawa apa yang berlaku dalam episod
26:50seperti Tabung Haji dan sebagaini tidak berulang dalam agensi-agensi
26:54yang lain ataupun di peringkat yang seterusnya. Terima kasih saya ucapkan
26:57kepada Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan
27:01Hari Lewal Ekonomi Ideas untuk program agenda awal ini.
27:04Itu saja waktu yang kita ada. Saya Sanaya. Sekarang dulu. Assalamualaikum.
27:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended