00:00Berpelaksanaan dasar Hari Bekerja Hybrid atau HBH dilihat sebagai satu inisiatif yang positif dalam meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.
00:09Namun, aspek integriti perlu menjadi keutamaan bagi memastikan matlamat dasar tersebut dapat dicapai dengan berkesan.
00:18Naib Chancellor dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Malaya Wales, Prof. Rosalina Ahmad Saufi berkata,
00:25kejayaan pelaksanaan kerja hybrid bergantung kepada tahap disiplin, accountability serta komitmen pekerja dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
00:33Menurut beliau, setiap pekerja perlu memahami prosedur operasi standar SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh organisasi masing-masing.
00:41Beliau turut menambah, aspek pemantauan merupakan kunci utama dalam memastikan tahap produktiviti dan prestasi kerja terus berada pada tahap yang
00:50baik.
00:51Monitoring itu tadi. That's why, bila kita cakap dengan trust, kenapa seseorang itu tidak berintegriti dalam melaksanakan tugasan itu.
01:01Ini bukan soal rasuah. Integriti ini can be very simple.
01:05Saya bekerja, dapat kerja daripada rumah, tetapi saya tak melaksanakan kerja dari rumah, saya pergi supermarket lah kata.
01:12Itu pun integriti. Jadi persoalannya, tanya diri sendiri boleh. Adakah kalau kita merasa tidak ada rasa kesalahan, saya pun tak
01:21boleh jawab, Perdana Menteri pun tak boleh jawab, Ketua Jabatan pun tak boleh jawab.
01:24It's solely on your side.
01:43Katanya lagi, dalam persekitaran kerja yang semakin fleksibel, penilaian prestasi perlu lebih tertumpu kepada hasil kerja dan pencapaian sasaran yang
01:52ditetapkan, berbanding hanya mengukur kehadiran fizikal di tempat kerja.
01:56Menurut beliau, keseimbangan antara kepercayaan yang diberikan kepada pekerja dan mekanisme pemantauan yang berkesan mampu memastikan manfaat kerja hybrid dapat
02:05dimaksimumkan tanpa menjejaskan prestasi organisasi.
02:09Tambahnya, budaya kerja yang berteraskan integriti, tanggungjawab dan profesionalisme akan menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan pelaksanaan dasar kerja hybrid
02:19untuk jangka panjang.
Comments