Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Ikuti laporan langsung wartawan Ikhwan Zafran dari Universiti Malaysia Terengganu bersempena ESG Global Summit 2026 yang memberi tumpuan kepada agenda ESG, kelestarian, biodiversiti dan pembangunan mampan.
Transcript
00:00Agenda Alam Sekitar Sosial dan Tabiurus atau ESG terus menjadi antara tumpuan utama dalam usaha memperkukuh perbangunan mampan dan kelestarian
00:08di peringkat global.
00:10Langsung di Universiti Malaysia Tenggara UMT, ESG Global Summit 2026 menjadi platform untuk mengetengahkan pelbagai isu berkaitan kelestarian, pemuliharaan, biodiversiti
00:21yang memberi impak kepada masyarakat dan alam sekitar.
00:24Rakan setugas Ikhwan Zafran ada perinciannya. Silakan ikhwan.
00:29Baik, terima kasih rakan setugas Ya, betul. Kini saya berada di Universiti Malaysia Terengganu sempena dengan ESG Global Summit 2026
00:37di mana di sini menghimpunkan sebenarnya penyelidik, pemain industri dan juga mahasiswa-mahasiswa bagi membincangkan kaitannya antara ESG dan juga
00:45kelestarian alam.
00:46Dan juga saya difahamkan program ini berlangsung untuk kali kedua. Kali pertamanya dianjurkan pada tahun 2024 dan ini merupakan kali
00:55kedua pada tahun 2026.
00:56Dan saya juga kali ini difahamkan program yang berlangsung selama enam hari ini juga melibatkan sebenarnya 111 pelajar yang terdiri
01:05daripada pelajar tempatan dan juga antarabangsa dari setiap IPTA dan IPTS.
01:09Dan berdasarkan pemerhatian awal saya pada pagi ini, antara agenda yang diketengahkan, yang ditekankan adalah mengenai dengan prinsip ESG bagaimana
01:18prinsip ESG itu diterjemahkan kepada sistem biodiversiti dan juga khususnya kepada ekonomi marine.
01:25Dan untuk itu kita bersama dengan ketua UMTC Total Research Unit, si True Prof. Madhya Dr. Muhammad Uzair Rosli.
01:34Baik doktor, terima kasih kerana bersama kami pada sesi kali ini untuk kita berbincang sedikitlah mengenai dengan ESG pada kali
01:42ini doktor.
01:42Jadi kita terus kepada apa yang kita ingin bawakan iaitu perkara pertama doktor, pada pandangan prof sendiri apakah yang perlu
01:51diketengahkan kepada para pelajar pada sesi ESG pada kali ini?
01:54Okey, terima kasih Awani. Tapi bagi kami di Universiti Malaysia Tengganu, kita melihat bagaimana kita membangunkan kepimpinan para pelajar ini
02:04kerana selepas ini kita akan meninggalkan legasi ini kepada mereka dan akhirnya mereka lah kumpulan yang akan menguruskan tentang isu
02:14-isu di dalam negara.
02:15Dan bagi kami melihat bahawa apa yang penting ialah kita kena membawakan mereka kepada apa yang berlaku di lapangan.
02:21Jadi pembelajaran yang cuba dibawakan oleh Universiti Malaysia Tengganu ini kerana kita cukup bertuah berada di pesisir pantai negeri Tengganu
02:28ini dan kami mahu bawakan kepada mereka apa yang berlaku di lapangan dan lihatkan kepada mereka sendiri apa yang berlaku
02:36di lautan kita.
02:37Dan juga untuk segmen kali ini kita bawakan di seti wetland iaitu melihat kepada ekosistem paya bakau kerana apa yang
02:44ada di pemikiran mereka sekarang ini adalah semuanya di dalam skrin komputer sahaja.
02:50Mungkin ataupun di dalam telefon bimbit mereka tetapi apa yang kita nak cuba bawakan mereka kena menggunakan keseruhan deria mereka
02:58sendiri untuk mereka merasai sendiri apakah yang ada denyut nadi masyarakat di sekeliling ini.
03:04Kerana apabila kita membincangkan tentang pembangunan ekosistem kita sudah semestinya kita nak melihat apakah pembangunan kepada komuniti juga.
03:11Kita tidak boleh merasakan bahawa kita ada sesuatu ekosistem yang kita nak pelihara tetapi akhirnya tidak ada sebarang pihak yang
03:18mendapat manfaat.
03:19Dan kita melihat sumber-sumber alam yang ada ini sudah tentu perlu diberikan manfaat.
03:25Jadi kita sebagai penyelidik kita melihat ada potensi yang boleh kita pulangkan kembali kepada komuniti dan ini yang cuba kita
03:33bawakan kepada pelajar untuk mereka turun ke lapangan untuk mereka merasai sendiri dan kita lihat bagaimana sebuah ekosistem boleh memberikan
03:41manfaat kepada komuniti kita dan akhirnya kita boleh membangun secara bersama.
03:45Dan begitu juga untuk agenda pembangunan ekonomi biru. Sekarang ini kita bercerita tentang ekonomi biru.
03:51Kalau sebelum ini kita mungkin fokus kepada green ekonomi. Tapi sekarang ini semua orang berfokus kepada ekonomi biru.
03:56Dalam segmen ekonomi biru ini kita rasa tidak selesa apabila kita hanya membicarakan tentang pemodal-pemodal yang besar sahaja.
04:03Mereka yang mampu membelikan bot-bot mewah. Mereka yang boleh membangunkan hotel-hotel yang mewah.
04:08Tapi apa yang tinggal kepada komuniti pesisir dan ini yang kita mahu bawakan para pelajar ini untuk melihat sendiri bagaimana
04:14komuniti.
04:14Mungkin mereka berasal daripada bandar dan kita melihat impak yang boleh ditinggalkan oleh mereka ialah apabila mereka memimpin dengan rasa
04:22empati di mana mereka mahu melihat sebuah pembangunan ekosistem, pembangunan di dalam alam sekitar kita.
04:28Kita tidak mengesampingkan mana-mana pihak dan pembangunan ini sewajarnya berlaku secara inklusif dan ini yang saya percaya.
04:35Saya tidak percaya dengan hanya mengajar mereka dan berkongsi di dalam social media ataupun di dalam media sahaja sebab itu
04:42kita percaya untuk membawakan mereka ini semua untuk merasai sendiri apa yang ada di lapangan.
04:48Untuk akhirnya mereka ada satu nilai empati dan inilah yang tidak boleh diajar dalam dunia modern sekarang. Ini dalam dunia
04:54digital yang kita cerita tentang AI.
04:56Dan kemahiran ini sebenarnya kita nak memanusiakan manusia kembali dan melihatlah apa yang mereka boleh bangunkan secara bersama dengan komuniti.
05:04Dr. Menyebut ekonomi biru tadi dan khususnya orang memahami kaitannya antara biodiversiti dan ekonomi biru ini kadang-kadang adalah melibatkan
05:14sebagai contohnya spesies penyu yang semakin berkurang.
05:16Orang hanya menganggap melindungi penyu kerana spesiesnya dah semakin pupus, semakin berkurang di Malaysia.
05:22Tapi hakikatnya kesan berantainya adalah lebih besar memberi impak kepada ekonomi, kepada masyarakat dan negara sebenarnya.
05:29Itu apa yang orang mungkin tidak nampak ataupun tidak diperincikan. Jadi bagaimana pandangan doktor kesan berantai itu perlu diketengahkan kepada
05:37khususnya mahasiswa-mahasiswi di sini kerana mereka dalam masa 10 atau 20 tahun datang mereka akan jadi pemain industri utama
05:43dalam sektor negara ini, doktor?
05:46Baiklah, dalam konservasi penyu, saya nak membawa kembali sejarah apa yang berlaku di dalam negeri Tengganu ini sendiri.
05:51Kalau dahulu ketika era 80-an dan era 90-an kita melihat bagaimana perserangan penyu sangat-sangat banyak.
05:57Dan ketika itu kita tahu ekonomi dijana melalui program-program membawa para pelancong ini untuk melihat penyu.
06:04Dan akhirnya kita lihat ekonomi ini tidak boleh bertahan kerana tidak dilakukan secara sustainable.
06:12Dan sudah tentu kita perlu datang dan tunjukkan kepada mereka bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita nak memastikan sumber alam
06:21ini supaya dia boleh dinikmati, dirasai
06:25untuk nak memastikan bahawa dia adalah untuk semua pihak.
06:29Dan bila semua pihak dan kita nak satu lagi memastikan bahawa dia kekal untuk generasi yang seterusnya.
06:35Kalau dahulu kita tahu kita terkesan dengan aktiviti mencuri telur penyu dan menjual telur penyu.
06:41Dan ketika itu mungkin tidak ada larangan untuk menjual telur penyu secara terbuka.
06:46Dan kalau dahulu, kalau saya membandingkan tentang penjualan telur penyu dengan apa yang berlaku sekarang,
06:51kalau dahulu menjual telur penyu mungkin yang merasai nikmat, kurniaan Tuhan telur penyu itu adalah mungkin pengutip telur penyu,
06:58penjual telur penyu dan akhirnya orang yang makan telur penyu.
07:00Mungkin tiga orang yang terlibat dalam rantaian ekonomi ini.
07:03Tetapi kalau kita lihat sekarang ini, kita nak mempromosikan orang daripada datang nak makan telur penyu, nak rasa telur penyu,
07:09apa kata kita membawakan mereka untuk melihat penyu.
07:12Bila mereka datang untuk melihat penyu, sudah tentu nikmat ekonominya akan dirasai dengan lebih ramai orang.
07:18Kerana orang yang terlibat sudah tentu pengusaha resort, pengusaha makanan dan pengusaha bot dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilibatkan.
07:26Dan sudah tentu kita lihat ini impak ekonomi yang lebih besar.
07:30Dan ini yang saya percaya bahawa kalau sebelum ini kita mungkin ada satu trauma,
07:34kita katakan kita nak tutup semua aktiviti yang terlibat dengan penyu ini.
07:37dan akhirnya manfaat tidak sampai kepada masyarakat.
07:41Tetapi sekarang ini saya nak mempromosikan bahawa sebenarnya kita boleh dapat manfaat daripada aktiviti konservasi.
07:47Kerana tujuan konservasi adalah bukan tujuan kita nak menutup semua aktiviti.
07:52Tetapi tujuan dia adalah untuk akhirnya memulangkan kembali manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
07:59Baik, itu adalah cara perkongsian yang dapat diketengahkan pada awal pagi ini dan juga hingga pada hari ini.
08:05hari pertama di mana program ini akan berlangsung kira-kira 5 ke 6 hari.
08:10Saya difahamkanlah.
08:11Jadi saya kira itu sahaja perkongsian yang dapat saya bawakan dari Universiti Malaysia Terengganu ini.
08:17Tentunya perkongsian lanjut akan kami kongsikan dari semasa ke semasa.
08:20Untuk itu kita kembali ke rakas tugas di Bukit Jalian.
08:22Silakan.
08:23Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended