Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
KPDN Kelantan mengesan sindiket menyeludup petrol dan diesel menggunakan taktik “tentera semut” di sempadan Malaysia-Thailand. Sebanyak 318 kes direkodkan dengan rampasan bahan api dan kenderaan bernilai lebih RM2.4 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup KPDN Kelantan mengesan sindiket penyeludupan petrol dan diesel di sempadan Malaysia
00:08-Thailand menggunakan taktik tentera semut.
00:10Taktik ini membawa bahan api dalam kuantiti kecil secara berulang kali bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
00:17Menurut pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusof berkata sindiket menukar kaedah baru susulan penguatkuasaan yang dipertingkatkan menerusi obs tiris 4
00:29.0 bersepadu dan operasi bersama-sama dengan pelbagai agensi.
00:37Bagaimanapun katanya cubaan penyeludupan masih berlaku berikutan permintaan terhadap bahan api bersubsidi serta perbezaan harga antara Malaysia dan negara jiran.
00:45Sehingga kini KPDN Kelantan merekodkan 318 kes membabitkan penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan dengan tangkapan sebanyak 135 individu serta menyita
00:56193 kenderaan bernilai keseluruhan RM1.875 juta.
01:02Nilai rampasan barang kawalan pula berjumlah RM552,000 termasuk 24,446 liter petrol bernilai RM63,500 dan RM48,500 liter
01:14diesel bernilai RM218,000.
01:17Semua kes kini berada dalam pelbagai peringkat sasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
01:22Hanif Yusabra berkata antara kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan kegiatan penyeludupan ialah rantau panjang di Pasir Mas, pengkalan
01:30kubur di Tumpat dan beberapa laluan berhampiran Sungai Golok berikutan kedudukannya yang berhampiran sempadan serta kewujudan banyak laluan tikus.
01:39Sindikat turut mengubah suai tangki kenderaan, memasang tangki tambahan pada kenderaan pelbagai guna serta mengumpul bahan api secara berperingkat daripada
01:47beberapa stesen minyak sebelum dipindahkan ke dalam tong dan dibawa melalui laluan tidak sah.
01:53Taktik tentera semut pula membolehkan bahan api di seludup secara berulang kali dalam kuantiti kecil untuk melepasi kawalan penguatkuasaan di
02:01sempadan.
02:01Beliau berkata OPS TIRIS memberi impak positif apabila kerjasama antara KPDN, Polis, Pasukan Gerakan Arm, Jabatan Kastam, Agensi Kawalan dan
02:10Pelindungan Sempadan Malaysia serta agensi berkaitan berjaya meningkatkan kadar pengesanan dan rampasan selain memberi kesan pencegahan kepada sindikat.
02:18Sebenarnya, beliau berkata KPDN akan terus memperkukuh risikan, meningkatkan operasi berasaskan maklumat, memperluaskan kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasa serta memperhebat
02:29pemantauan terhadap rantaian pengedaran bahan api bersubsidi dengan sokongan teknologi termasuk penggunaan drone dan sistem pemantauan pintar.
Comments

Recommended