Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
AI masih belum mampu memahami keseluruhan Bahasa Isyarat Malaysia yang turut melibatkan ekspresi muka dan pergerakan badan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, teknologi kecerdasan buatan atau AI masih belum mampu menggantikan peranan jurubahasa isyarat kerana komunikasi komuniti orang pekak bukan sekadar
00:08melibatkan pergerakan tangan.
00:10Pengarah eksekutif merangkap penasihat Seketuan Orang Pekak Malaysia, Muhammad Sazali Syari berkata, bahasa isyarat Malaysia turut menggunakan ekspresi muka dan
00:19pergerakan badan untuk menyampaikan maksud serta emosi.
00:25Menurut Sazali, teknologi sedia ada masih belum mampu mengesan keseluruhan elemen berkenaan sekaligus menyebabkan komunikasi yang diterjemahkan menjadi kurang tepat
00:34dan tidak mempunyai ekspresi.
00:38Seperti saya nyatakan, sebenarnya belum ada lagi teknologi yang betul-betul sesuai dengan warga pekak. Belum lagi.
00:44Sebab, ya, kalau mimik muka ini kalau tak ada, dia akan jadi satu bentuk yang flat, komunikasi yang begitu flat
00:51sekali kan.
00:52Tapi kalau kita marah ataupun kita ada emosi, mungkin teknologi anda sekarang ini belum lagi nak capture benda itu.
00:59Ya, dia hanya capture bergalkan tangan sahaja.
01:01Jadi, memang ada beberapa universiti yang kadang-kadang berhubung dengan kami, nak buat program AI dan sebagainya sebagai projek ya,
01:09universiti.
01:09Memang kami galakan tapi belum nampak hasilnya lagi.
01:13Tapi tak apa, mungkin dari segi diskusi bersama dengan wakil-wakil universiti dan sebagainya,
01:19bentuk teknologi itu boleh tiba-baiki.
01:22Bagaimanapun, beliau mengakui perkembangan teknologi telah banyak membantu kehidupan komuniti orang pekak,
01:28termasuk menerusi aplikasi transkripsi yang menukarkan pertuturan kepada teks.
01:33Aplikasi berkenaan membolehkan individu pekak mengikuti perbualan
01:37atau memahami kandungan televisyen yang tidak menyediakan sari kata.
01:41Namun katanya, kemudahan itu masih mempunyai keterbatasan kerana kebanyakannya menawarkan komunikasi sehala
01:47dan tidak membolehkan individu pekak memberikan respon secara langsung dengan mudah.
01:52Dalam perkembangan berkaitan, Sazali berkata,
01:55Kementerian Pertidikan KPM dijangka memasukkan BIM dalam kurikulum baru pada 2017.
02:01Jadi apabila kanak-kanak dah mampu berkomunikasi dengan rakan sebahaya yang pekak,
02:07jadi seterusnya kita akan memperlihatkan satu bentuk peluang berkomunikasi itu akan menjadi lebih luas.
02:14Kerana apabila kanak-kanak membesar, mereka akan sambung ke sekolah pendengar, sambung ke universiti dan seterusnya.
02:20Jadi kita akan lihat pengembangan ini akan menjadi lebih inklusif, lebih berleluasa.
02:28Beliau menifatkan langkah itu sebagai perkembangan positif yang mampu merapatkan jurang komunikasi
02:33antara murid pekak dan bukan pekak.
Comments

Recommended