Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kos tinggi pembinaan dan operasi loji penyahgaraman air laut menjadikan kaedah itu kurang sesuai sebagai sumber bekalan utama kepada industri dan pusat data. Malah, menurut Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S.Piarapakaran, langkah itu berpotensi meningkatkan kos air kepada pengguna jika diserap ke dalam sistem bekalan air negara.
Transcript
00:00Penyah garaman air laut dilihat bukan pilihan yang ekonomik untuk dijadikan sumber bekalan air utama kepada sektor industri dan pusat
00:08data, susulan kos pelaburan serta operasi yang tinggi.
00:11Menurut Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S.P.A. Pakaran, pembinaan loji penyah garaman berkapasiti 100 juta liter
00:20sehari membelikan perbelanjaan modal sekitar RM500 juta hingga RM650 juta.
00:27Selain itu, kos operasi tahunan pula dianggarkan antara RM80 juta hingga RM90 juta sekaligus menjadikan harga air yang dihasilkan menerusi
00:37proses tersebut jauh lebih mahal berbanding sumber bekalan sedia ada.
00:41Kos untuk hasilkan air dari proses nyaga garam ini adalah sekitar RM4 hingga RM5 lebih setiap meter padu.
00:51Jauh lebih tinggi daripada kos yang dibekalkan dalam bekalan air sekarang di mana kos elektrik sahaja adalah lebih kurang RM1
01:00.20 hingga RM1.80.
01:01setiap meter padu. Kalau harga gas asli dengan aram batu melonjak lagi, dia akan lebih dari RM2 setiap meter padu.
01:10So, kalau ini yang saya rasa kalau diwajibkan untuk data senter gunakan air daripada nyaga garaman, ia tak wajar.
01:22Jelas beliau, sekiranya pusat data diwajibkan menggunakan air yang dihasilkan melalui penyah garaman, langkah itu dilihat tidak wajar kerana akan
01:30meningkatkan kos operasi industri berkenaan.
01:32Pada masa sama, penggunaan penyah garaman sebagai penyelesaian untuk mengimbangi bekalan air negara juga dikuatiri memberi kesan kepada pengguna domestik.
01:41Katanya, sekiranya kos tinggi itu disalurkan ke dalam sistem bekalan air awam, pengguna akhirnya perlu menanggung beban melalui kadar tarif
01:48yang lebih mahal,
01:49sedangkan terdapat pilihan yang lebih murah dan berkesan iaitu mengurangkan kadar air tidak berhasil, NRW.
01:55Menurut beliau, pelaburan bagi menangani masalah kebocoran dan kehilangan air dalam sistem agihan adalah jauh lebih rendah berbanding kos membangunkan
02:04serta mengendalikan logi penyah garaman sekaligus menjadikannya langkah yang lebih menasabah dari sudut ekonomi dan pengurusan sumber air negara.
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended