Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Hospital Bintulu menjadi hospital pertama yang melaksanakan sistem pengurusan anjung kasih secara digital bagi memudahkan pendaftaran dan penginapan waris pesakit.
Transcript
00:00Hospital Bintulu menjadi hospital pertama yang melaksanakan sistem pengurusan anjung kasih secara digital bagi memudahkan proses pendaftaran dan penginapan waris
00:10pesakit.
00:10Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata, sistem berkenaan membolehkan rekod penghuni disimpan secara berpusat, sekaligus memudahkan proses
00:19pengesanan, penyelarasan serta pengurusan data.
00:30Ketika ia terkotong dalam rekod digital, maka anda boleh melihat waris dan juga mungkin dari kampung mana. Jadi kita senang
00:42mendapat rekod-rekod orang yang menginap di Anjung Kasih.
00:49Jadi tanya kepada Anjung Kasih Bintulu. Sarap kucing rekod kedaiya juga. Era baru, era digitalisasi.
01:00Abang Johari berkata, kejayaan Hospital Bintulu melaksanakan sistem berkenaan diharap menjadi penanda aras kepada kemudahan Anjung Kasih lain di Sarawak.
01:08Menurut beliau, konsep Anjung Kasih akan terus diperluaskan ke lokasi lain bagi memastikan lebih ramai keluarga pesakit, khususnya dari kawasan
01:16luar bandar, mendapat kemudahan penginapan yang selesa ketika menemani ahli keluarga menjalani rawatan.
01:22Beliau berkata demikian ketika merasmikan Anjung Kasih Hospital Bintulu pada Isnin.
Comments

Recommended