Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Australia mengesahkan kejadian pertama kematian besar-besaran burung liar akibat selesema burung H5N1 selepas puluhan burung dara laut jambul besar ditemukan mati di sebuah pulau berhampiran pesisir Australia Selatan.
Transcript
00:00Australia mengesahkan kejadian pertama kematian besar-besaran burung liar akibat selesama burung H5N1 selepas puluhan burung darah laut jambul besar
00:10ditemukan mati di sebuah pulau berhampiran pesisir Australia Selatan.
00:15Pengesahan itu diumumkan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Julie Collins bersama Menteri Alam Sekitar dan Air Murray Watt yang memalumkan
00:22semua burung terbabit didapati positif strain H5N1 influenza burung yang sangat patogenik.
00:31Menurut pihak berkuasa, sebanyak 49 ekor burung ditemukan mati, manakala 35 lagi menunjukkan gejala penyakit selepas pemantauan udara dijalankan di
00:42sebuah pulau kecil kira-kira 5km dari pantai Tenggara Australia Selatan pada Jumaat.
01:13Kejadian itu berlaku susulan peningkatan kes H5N1 yang dikesan di negeri berkenaan sejak beberapa minggu lalu sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap
01:23impaknya kepada populasi hidupan liar.
01:25Collins berkata kematian besar-besaran itu sememangnya dijangka selepas strain H5N1 buat pertama kalinya dikesan di tanah besar Australia pada
01:35pertengahan Jun lalu.
01:36Menurut beliau, penularan virus H5N1 dalam habitat semula jadi menjadikan usaha mengelakkan kematian hidupan liar pada skala besar hampir mustahil
01:45untuk dilaksanakan.
01:47Beliau turut mengingatkan rakyat Australia supaya bersedia menghadapi penularan yang lebih meluas serta kemungkinan lebih banyak spesies hidupan liar terjejas
01:55dalam tempoh terdekat.
Comments

Recommended