Skip to playerSkip to main content
Lima maut, 222 motosikal disita sepanjang RXZ Members 8.0 di Terengganu

Sebanyak 222 buah motosikal disita manakala 1,850 saman dikeluarkan sepanjang himpunan RXZ Members 8.0 yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

​Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua motosikal berkenaan diambil tindakan sita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan di seluruh negeri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790585/berita/semasa/lima-maut-222-motosikal-disita-sepanjang-rxz-members-80-di-terengganu

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #himpunanRXZMembers8 #motosikaldisita #kemalanganmaut

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bagi laporan statistik berhubung kes trafik kemalangan jalan raya sepanjang perhimpunan RSZ members 8.0 di seluruh negeri Tengganu,
00:10secara keseluruhannya sebanyak 29 kes kemalangan jalan raya telah dicatatkan pada penganjuran 2026 berbanding 11 kes yang direkodkan pada penganjuran
00:24tahun 2025.
00:25Daripada jumlah tersebut, 5 kemalangan maut dengan 5 kematian dicatatkan pada tahun ini berbanding 2 kes pada tahun lepas.
00:36Mana berlaku peningkatan. Daripada 5 kes ini, 4 mangsa adalah lelaki dan seorang mangsa wanita yang semuanya dalam lingkungan 20
00:48hingga 48 tahun.
00:502 kes, hanya 2 kes melibatkan motosikal RSZ lokasi di Kuala Tengganu dan Kemaman manakala 3 lagi melibatkan lain-lain
01:00jenis motosikal iaitu Yamaha 125, Yamaha YSuku dan Vario.
01:071 kes di Kemaman dan 2 kes di Dungun.
01:12Dalam badan itu, bagi memastikan Kepatuhan Undang-Undang, Jalan Raya dan Kelamatan Pengguna lain sentiasa terjaga,
01:19tindakan penguasaan tegas telah dilaksanakan, hasil operasi yang dijalankan seluruh negeri mencatatkan.
01:26Saman trafik sebanyak 1,850 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.
01:35Sitaan kenaan sebanyak 222 buah motosikal telah diambil tindakan Sita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
01:50Amdas 87.
Comments

Recommended