Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pihak Berkuasa Kastam Indonesia pada Isnin mendedahkan Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan seorang juruterbang warga Malaysia yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Transcript
00:00Bertemu kembali, pihak berkuasa Kastam Indonesia pada isteri mendedahkan
00:04rekaman kamera litar tertutup CCTV yang menunjukkan pergerakan seorang juruterbang warga Malaysia
00:10yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup dada melalui lapangan terbang antarabangsa Sokano-Hatta.
00:16Video yang dibuat naik Direktorat General Kastam dan Adsize Indonesia
00:20memperlihatkan suspek berusia 39 tahun itu mengambil sebuah beg pakaian berwarna perak
00:26di kawasan tuntutan bagasi sambil menarik satu lagi beg berwarna hitam.
00:33Rekaman menunjukkan suspek kemudian berjalan ke kawasan ketibaan
00:38sebelum memasuki laluan khas pantas yang diperuntukkan kepada kru penerbangan.
00:43Menurut pihak Kastam, suspek dikenalpasti menerusi proses pemperfilan risiko
00:47sebelum diarahkan ke bilik pemeriksaan untuk siasatan lanjut.
00:51Pemeriksaan ke atas beg pakaian berwarna perak itu menemukan beberapa bungkusan mencurigakan
00:56yang disembunyikan di bahagian bawah bagasi dan dilindungi dengan pakaian serta barangan peribadi lain.
01:02Rekaman turut menunjukkan pegawai kastam mengeluarkan bungkusan berkenaan untuk pemeriksaan lanjut
01:08manakala suspek di soal siasat sepanjang proses itu berlangsung.
01:11Video tersebut turut memaparkan penemuan sebotol kecercair yang didakwa pihak berkuasa sebagai air kecing palsu
01:18dipercayai digunakan bagi memanipulasi keputusan ujian salingan dadah.
01:23Dalam sidang media pada Jumaat, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan juruterbang itu ditahan pada 29 Julai
01:29sepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah jenis ekstasi
01:34bernilai kira-kira sekitar 60 bilion rupiah.
01:38Suspek didakwa positif MDMA, metafetamina dan kokain
01:42selain dipercayai pernah terlibat dalam kegiatan sama sebelum ini.
01:46Siasatan awal turut mendapati dia dijanjikan bayaran RM50,000 untuk operasi tersebut
01:51sementara pihak berkuasa terus memburu dalam utama sindiket berkenaan.
01:56Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan akses konsular
01:59telah diberikan kepada suspek dan keluarganya telah dimalumkan mengenai penahanan itu.
02:04selamat menikmati.
Comments

Recommended