00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT sentiasa memantau keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajian di Asia Barat, susulan
00:09konflik di rantau berkenaan.
00:12Menterinya Datuk Sri Zamri Abdul Qadir berkata, setakat ini KPT belum menerima sebarang maklumat mengenai keadaan pelajar Malaysia di Asia
00:19Barat yang terjejas akibat krisis itu.
00:24Di peringkat KPT, sumber rujukan kita ialah Kementerian Luar Negeri.
00:30Jadi apapun kita akan mendapatkan panduan daripada Kementerian Luar Negeri bagi memastikan perjalanan pelajar-pelajar kita dan juga keadaan pelajar
00:41-pelajar kita yang sekarang sedang belajar di sana.
00:43Jadi dalam krisis yang berlaku dengan Iran ini, kita tahu bahawa dasar-dasar luar Trump ini, kita tak boleh nak
00:57kira dia ini.
00:58Hari ini dia kata ok, besok dia kata tak ok. Jadi whatever it is, we have to take all the
01:04necessary precautions.
01:06Beliau berkata demikian selepas menghadiri program karisma antarabangsa, Kenegaraan Malaysia Madani 2026 di Putrajaya pada Isnin.
01:16Program itu menghimpunkan seramai 456 pelajar tempatan yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Maghribi dan Jordan di jadual berlepas 1
01:25September ini.
01:26Zamri menambah Malaysia kini menjadi destinasi pelajar dari kira-kira 180 negara sekaligus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kualiti sistem
01:37pendidikan tinggi negara.
Comments