Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Kesatuan anggota bomba Perancis memberi amaran mengenai risiko krisis kesihatan dalam kalangan petugas yang berdepan kekurangan peralatan perlindungan ketika memadam kebakaran hutan. Ribuan anggota bomba masih dikerahkan di beberapa wilayah termasuk Gironde dan Var.
Transcript
00:00Kesatuan Anggota Bomber Perancis memberi amaran mengenai risiko krisis kesihatan dalam kalangan petugas penyelamat yang terlibat dalam operasi memadang kebakaran
00:08hutan di seluruh negara.
00:10Judit cakap Kesatuan Sud, Remy Cabo berkata, anggota bomba kini berdepan risiko kesihatan serius akibat pendedahan berterusan kepada asak kebakaran
00:17tanpa perlindungan yang mencukupi.
00:23Menurut beliau, ramai kalangan anggota bomba tidak dibekalkan dengan topeng atau penapis udara yang sesuai untuk melindungi mereka daripada asak
00:30tebal ketika operasi memadang kebakaran.
00:33Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi kekurangan peralatan perlindungan sebelum ia membawa kepada kesan kesihatan jangka panjang
00:41dalam kalangan petugas barisan hadapan.
00:44Cabo turut mendedahkan bahawa empat anggota bomba dilaporkan terkorban ketika menjalankan operasi dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.
00:52Amaran itu dibuat ketika ribuan anggota bomba masih dikerahkan untuk mengawal kebakaran hutan di beberapa kawasan di seluruh Perancis.
01:00Di wilayah Gironde, seramai 3,300 anggota bomba terlibat dalam operasi memadang kebakaran yang menurut pihak berkuasa berjaya dikawal pada
01:08Sabtu.
01:09Lebih 330 anggota bomba dilaporkan menerima rawatan perubatan akibat tugas pemadaman walaupun tiada kematian direkodkan di kawasan berkenaan.
01:18Sementara itu, di wilayah VAR, kira-kira 1,500 anggota bomba masih meneruskan operasi susulan kebakaran yang kembali marak pada
01:26ahad.
01:27Pihak pentadbiran wilayah maklumkan asap kebakaran dapat dilihat di sebahagian besar kawasan VAR, manakala habuk debu daripada kebakaran turut menjejaskan
01:36kawasan yang luas.
01:37Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak pekuasa telah mengagihkan topeng perlindungan kepada penduduk di kawasan yang terkesan.
Comments

Recommended