00:00Timbalan Ketua Pengarah Analisa Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri JPM, Datuk Dr. Jafri Abdul Jalil, dilantik sebagai setiausaha kerajaan SUK
00:08Negeri Pulau Pinang yang baru berkuat kuasa hari ini.
00:11Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu diakini mampu memperkukuh pentadbiran negeri serta hubungan strategik
00:18antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
00:22Menurut beliau, Jafri mempunyai pengalaman luas selama 32 tahun dalam bidang penyelidikan, dasar awam, perancangan strategik dan pengurusan operasi bencana.
00:31Syamsul Azri berkata, sepanjang kerjanya, Jafri pernah berkhidmat di beberapa agensi penting termasuk Eastern Sabah Security Command, ESCOM, Institut Tabiran
00:39Awam Negara Intan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA.
00:43Beliau berkata pengalaman luas yang dimiliki Jafri akan membantu memperkukuh sistem pentadbiran negeri serta memacu agenda pembangunan Pulau Pinang.
00:50Jafri menggantikan Datuk Seri Zulkif Rilong yang tamat tempuh perkhidmatannya pada Ahad selepas menyandang jawatan berkenaan sejak September 2024.
Comments