00:00Kementerian Kerja Raya KKR sentiasa menyokong pelaksanaan teknologi hijau melalui penggunaan lampu jalan integrated solar LED-ISLED bagi meningkatkan kecekapan
00:10tenaga dan kelestarian infrastruktur awam.
00:13Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Natalinggi berkata penggunaan lampu jalan solar bagi menggantikan tiang lampu lama yang rosak bagaimanapun
00:20tidak dilaksanakan secara menyeluruh sebaliknya dibuat berdasarkan kesesuaian lokasi, keperluan teknikal dan penilaian kos kitaran hayat.
00:30Pada masa ini, penggunaan lampu jalan solar lebih sesuai dilaksanakan di lokasi yang jauh daripada grid bekalan elektrik, kawasan yang
00:40kerap mengalami kecurian kabel atau vandalismah, serta jalan kampung dan kawasan pedalaman.
00:51Pendekatan ini dapat mengurangkan keperluan pembinaan infrastruktur bekalan elektrik yang baharu, serta memudahkan aspek penyenggaraan.
01:01Beliau berkata demikian di Dewan Negara pada Isnin menjawab soalan Datuk Annabel Elias Susiana Perian berhubung adakah kerajaan bersedia menggunakan
01:10lampu jalan solar bagi menggantikan tiang-tiang lampu lama yang rosak dan sukar untuk diselenggara.
01:16Menurut beliau, bagi kawasan yang mempunyai bekalan elektrik sedia ada, penggantian lampu jalan LED konvensional yang rosak masih merupakan pilihan
01:24yang lebih ekonomik berbanding pemasangan lampu jalan solar.
01:28Katanya kos pemasangan lampu jalan solar adalah lebih tinggi dan komponen bateri merupakan antara komponen yang paling kerap memerlukan penggantian.
01:36Gantian lampu jalan LED konvensional yang rosak masih merupakan pilihan yang lebih ekonomik kerana kos pemasangan lampu jalan solar adalah
01:48lebih tinggi.
01:50Di samping itu, komponen bateri merupakan antara komponen yang paling kerap memerlukan penggantian dan kosnya dianggarkan sekitar 60% daripada
02:02harga keseluruhan kelengkapan lampu.
02:06Terima kasih telah menonton!
Comments