Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal pada trajektori meningkat secara beransur-ansur dan merekodkan dagangan dalam julat 1,710 hingga 1,740, disokong minat belian institusi dan pelabur asing yang berterusan.
Transcript
00:00Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu ini.
00:05Disokong keuntungan korporat yang berdaya tahan, aliran masuk dana asing semakin baik dan keradaan kebimbangan mengenai perdagangan global.
00:12Net Presiden Pendidikan Equity Rakuten Trade Srembrahat Tong Pak Leng berkata,
00:17Futsi Bursa Malaysia KLCI ataupun FBM KLCI dijangka kekal pada trajekteri meningkat secara berangsur-angsur
00:24dan merekodkan dagangan dalam Julat 1710 hingga 1740, disokong minat belian institusi dan pelabur asing yang berterusan.
00:35Katanya memandangkan Ogos merupakan musim pelaporan keuntungan korporat,
00:40sentimen pasaran boleh bertambah baik jika syarikat merekodkan prestasi kewangan yang mengatasi jangkaan.
00:46Beliau berkata bagaimanapun, pelabur akan terus memantau perkembangan berkaitan dasar moneteri AS,
00:52risiko geopolitik dan pergerakan harga komoditi yang boleh mempengaruhi hala tujuh pasaran.
00:58Dalam pada itu, beberapa petunjuk utama ekonomi AS dijadual dikeluarkan minggu ini,
01:04termasuk Indeks Pengurus Pembelian Perkhidmatan oleh Institut Pengurusan Bekalan ISM,
01:09Laporan Bulanan Tinjauan Tawaran Pekerjaan dan Pergerakan Tenaga Kerja,
01:14Penggajian Bukan Peladangan NFP dan Kadar Pengangguran yang semuanya dijangka mempengaruhi sentimen pasaran.
01:22Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended