00:00Formula kerjasama antara parti politik tidak semestinya seragam di semua negeri.
00:05Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Dato' Sri Azalina Osman Said berkata,
00:13Landskap politik di peringkat negeri berbeza daripada politik perseketuan kerana setiap negeri mempunyai enactment, kepimpinan dan institusi diraja masing-masing.
00:26Tapi bagi pihak kami, kami melihat di Johor kita pergi secara solo. Di Negeri Sembilan kita bekerjasama.
00:33Mungkin di Melaka pula kita tak dapat tentu lagi pembentukan dia sebagaimana.
00:38Tapi kalau kita tengok di Sabah, kita pergi bersama PH secara tak langsung.
00:45Jadi setiap negeri itu pembentukan dia berlainan, keputusan parti politik sendiri.
00:50Azalina berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Don Johor, Dato' Muhammad Puat Zarkashi yang menggesa
00:58supaya kerjasama kerajaan perpaduan membabitkan barisan nasional BN ditamatkan susulan kerjasama antara gabungan itu dengan Perikatan Nasional BN pada pilihan
01:07raya negeri, negeri sembilan.
01:09Beliau menegaskan kenyataan Puat hanya pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan.
01:16Azalina berkata demikian dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi pada Isnin.
Comments