Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Hungary berdepan krisis tenaga apabila paras Sungai Danube yang jatuh ke paras terendah memaksa Loji Kuasa Nuklear Paks mengurangkan operasi. Kerajaan memberi amaran lima hari akan datang amat kritikal ketika gelombang haba baharu dijangka melanda negara itu.
Transcript
00:00Hungary berdepan tempoh kritikal selepas kemarau berpanjangan menyebabkan parasungai Danube jatuh ke paras terendah dalam rekodnya.
00:07Perkembangan itu memaksa logi tenaga nuklear PAKS mengurangkan operasi secara drastik.
00:12Perdana Menteri Hungary Peter Maggia berkata, kadang itu memberi tekanan besar kepada sistem tenaga negara.
00:17Memandangkan logi PAKS menghasilkan kira-kira separuh daripada bekalan elektrik Hungary.
00:25Menurut beliau, logi berkapasiti 2 gigawatt yang menggunakan air sungai Danube sebagai sistem penyejukan kini beroperasi pada hanya kira-kira
00:3210% kapasiti.
00:34Beliau berkata rangkaian grid elektrik, perkhidmatan awam dan rakyat negara itu dijangka berdepan tekanan yang amat besar.
00:42Pihak berkuasa air Hungary turut menjangkakan parasungai Danube akan terus menurun dalam beberapa hari akan datang.
00:47Menurut Magyar, logi yang menggunakan empat reaktor buatan Rusia itu berkemungkinan tidak dapat beroperasi sepenuhnya selama beberapa minggu.
00:56Bagaimanapun, beliau menjelaskan keputusan mengenai penutupan operasi akan dibuat oleh pihak pengurusan logi berdasarkan protokol keselamatan yang ketat.
01:04Bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem elektrik negara, kerajaan sebelum ini merayu supaya pengguna domestik dan syarikat mengurangkan penggunaan tenaga.
01:12Hasilnya, lebih 300 syarikat dilaporkan menyertai usaha berkenaan yang berjaya mengurangkan permintaan elektrik sebanyak 400 megawatt.
01:21Setakat ini, kerajaan belum menggunakan sekatan mandatory terhadap penggunaan tenaga, namun langkah tersebut boleh dilaksanakan sekiranya situasi bertambah buruk.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended