Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mencerminkan fenomena global, apabila pengundi kini lebih cenderung kepada politik identiti dan pendekatan populis berbanding politik aliran tengah.
Transcript
00:00Keputusan pilihan raya negeri-negeri sembilan mencerminkan fenomena global di mana pengundi kini lebih cenderung kepada politik identiti dan pendekatan
00:09populis berbanding jalur politik tengah.
00:12Menurut pengarah Eksekutif Ilham Center, Hisamuddin Bakar, trend tersebut bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut diperhatikan di peringkat antarabangsa,
00:23termasuk dalam pilihan raya umum di Thailand baru-baru ini serta beberapa negara di Eropah.
00:30Jika kita memerhatikan fenomena ataupun trend global yang berlaku di negara-negara termasuk negara jiran kita yang melaksanakan pilihan raya
00:39umum pada tahun ini itulah Thailand.
00:43Apa yang berlaku ialah trend kepada parti yang membawa garis konservatif ataupun jalur kanan lebih mendapat perhatian daripada pengundi berbanding
00:55jalur tengah ataupun center approach
00:58yang dibawa di parti yang merontasikan pendekatan yang lebih progresif dan liberal.
01:05Jadi ini adalah trend global yang berlaku termasuk daripada negara-negara Eropah dan juga Amerika Syarikat itu sendiri
01:13yang mana white supremacy itu mendapat perhatian walaupun sebenarnya jalur itu dilihat ataupun pada perspektif mereka yang mengangkat tema yang
01:25lebih progresif ini agak keras.
01:27Mengulas mengenai situasi khusus di Negeri Sembilan, Somudin menyifatkan perubahan sokongan itu berpunca daripada kegagalan PH mengekalkan imej yang kukuh
01:36dalam agenda Melayu-Islam.
01:37Menurut beliau, pendekatan PH yang dilihat cair terhadap imej serta agenda Melayu-Islam telah menyumbang kepada pealihan sokongan tersebut.
01:44Tambahnya lagi, kedua ialah ketidakpuasan hati berhubung dengan dasar ekonomi secara tidak langsung ditunjukkan oleh pengundi melalui pemindahan sokongan mereka
01:53kepada agenda yang berorientasikan politik identiti.
01:56Jadi politik identiti ini mendapat perhatian kerana selain pada trend global, yang keduanya yang diberikan sumbangan oleh ketidakpuasan hati terhadap
02:08polisi yang sekarang ini kerajaan ini yang ditunjangi oleh jalur tengah ataupun jalur yang lebih progresif.
02:16Jadi perkara itu yang saya dapat lihat apa yang berlaku dengan keputusan di Johor dan juga Negeri Sembilan.
02:22Keputusan PRN di Negeri Sembilan semalam menyaksikan persaingan sengit di beberapa kawasan sekaligus menunjukkan perubahan signifikan dalam corak pengundian masyarakat
02:30di negeri itu.
Comments

Recommended