00:01Pengeluaran pasport Malaysia antarabangsa dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun dihentikan serta-merta sehingga isu berkaitan diselesaikan bersama syarikat
00:10penerbangan dan pertubuhan penerbangan awam antarabangsa IKO.
00:14Ketua Pengarah Immigration, Datuk Zakaria Syakban berkata, keputusan itu dibuat susulan kesulitan yang dihadapi sejumlah pemegang pasport berkenaan ketika mendaftar
00:23masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar negara.
00:30Kekeliruan timbul berikutan keperluan tambahan tempoh sah laku 6 bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.
00:39Jabatan Immigration Malaysia, GIM sebelum ini telah merujuk perkara itu kepada IKO dan dimaklumkan bahawa tiada halangan untuk melaksanakan tempoh
00:47sah laku pasport melebihi 10 tahun.
00:49Bagaimanapun, bagi menyeragamkan tempoh sah laku serta mengelakkan kekeliruan, GIM menetapkan tempoh maksimum pasport Malaysia antarabangsa kepada 10 tahun sahaja.
00:59Pemegang pasport sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan pasport gantian secara percuma dengan tempoh
01:07sah laku maksimum 10 tahun.
01:10Mereka yang terlibat turut diberikan keutamaan dalam urusan penggantian pasport.
01:14GIM juga akan mengeluarkan surat pemakluman kepada semua syarikat penerbangan bagi membantu pengembara Malaysia yang terjejas di luar negara.
Comments