Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Arab Saudi, Qatar, Jordan dan Kuwait menyokong pelaksanaan fasa seterusnya pelan damai Gaza serta menggesa Israel mematuhi sepenuhnya perjanjian yang dipersetujui.

Negara-negara terbabit turut menekankan kepentingan pengunduran tentera Israel, bantuan kemanusiaan tanpa gangguan dan usaha pembinaan semula Gaza.
Transcript
00:00Arab Saudi, Qatar, Jordan dan Kuwait menyambut baik persetujuan untuk meneruskan fasa seterusnya mengenai pelan damai di Gaza sambil menggesa
00:09Israel mematuhi sepenuhnya semua terma yang dipersetujui.
00:13Reaksi itu muncul selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Majlis Keamanan mengenai persetujuan untuk melaksanakan fasa berikutnya dalam
00:22pelan genjatan senjata dan damai di Gaza.
00:27Arab Saudi menyifatkan perkembangan itu sebagai satu perjanjian bersejarah dan menegaskan komitmen untuk menyokong pelaksanaan pelan damai yang diperakui Majlis
00:35Keselamatan Pertubuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB melalui Resolusi 2803.
00:41Riyad juga menggesa pengunduran sepenuhnya tentera Israel, penempatan pasukan penstabilan antarabangsa dan pelaksanaan usaha pembinaan semula di Gaza.
00:49Sementara itu, Qatar menyambut baik keputusan Hamas menerima pelan hala tuju bagi melaksanakan fasa kedua perjanjian dan menyeru masyarakat antarabangsa
00:57mendesak Israel mematuhi perjanjian tersebut.
01:01Jordan turut menyokong persetujuan itu termasuk pengaturan mengenai pelucutan senjata di Gaza dan pengunduran tentera Israel.
01:07Bagaimanapun, Israel masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelan berkenaan dengan beberapa pemimpin kanan negara itu terus menyorakan bantahan terhadap
01:16cadangan tersebut.
Comments

Recommended