00:00Hospital Kuala Lumpur HKL menafikan dawaan bahawa tandas awam di hospital itu berada dalam keadaan kotor dan tidak diselenggara dengan
00:07baik.
00:08Dalam satu kenyataan pihak pengurusan HKL memaklumkan siasatan telah dijalankan, susulan tulah satu video di media sosial yang mempersoalkan tahap
00:17kebersihan kemudahan berkenaan.
00:20Pengurusan HKL memaklumkan siasatan telah dijalankan terhadap semua kemudahan tandas awam di bawah seliaan hospital itu.
00:28Hasil siasatan mendapati lokasi tandas yang dipaparkan dalam video tular tersebut bukan merupakan fasiliti di bawah seliaan HKL.
00:37Menurut HKL, perkara itu dapat dikenalpasti menerusi reka bentuk tandas yang berbeza daripada fasiliti di hospital berkenaan.
00:45HKL berkata tularan maklumat tidak tepat boleh menjejaskan imej dan reputasi warga kerja hospital yang komited memberikan perikmatan terbaik kepada
00:55pesakit dan pengunjung.
00:56Pihaknya turut menegaskan aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan sentiasa diberikan perhatian dengan kerja penyelenggaan dilaksanakan secara berkala.
01:06Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments