Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata sebanyak 2,001 kes kebakaran kilang dengan kerugian mencecah RM4.21 bilion direkodkan sejak enam tahun lepas.
Transcript
00:00Sebanyak 2,001 kes kebakaran kilang dengan kerugian mencecah 4.21 bilion ringgit direkodkan sejak 6 tahun lepas.
00:09Ketua Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM, Datuk Seri Nur Hisham Mohamad berkata,
00:15sebanyak 222 kes direkodkan setakat Jun lepas sekaligus menunjukkan risiko kebakaran industri masih memerlukan perhatian serius semua pihak.
00:27Bagi mempukukuh pematuhan, JBPM akan meningkatkan aktiviti pemeriksaan di premis industri.
00:35Sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,878 premis kilang diperiksa meningkat berbanding 1,563 premis pada tahun sebelumnya.
00:44Dalam tempoh sama, jumlah notis menghapus bahaya kebakaran yang dikeluarkan turut meningkat daripada 706 premis pada 2024 kepada 1,191
00:56premis pada 2025.
00:59Bagi 6 bulan pertama tahun ini pula, JBPM telah melaksanakan 945 pemeriksaan ke atas premis kilang dengan 637 notis MBK
01:10dikeluarkan.
01:11Daripada jumlah itu, 426 kes dikenalpasti melibatkan bahaya kebakaran manakala 16 premis didapati gagal mematuhi notis yang dikeluarkan.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended