Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis mengesahkan ancaman bom di Centrepoint South Tower, Mid Valley City, ibu negara Rabu malam adalah palsu dan tiada sebarang bahan letupan ditemukan di lokasi berkenaan.
Transcript
00:00Seterusnya, polis mengesahkan ancaman bom di Center Point South Tower, Mid Valley City di Ibu Negara pada Rabu Malam adalah
00:08palsu.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Brickfield, SCP Hu Changhuk, pemeriksaan oleh unit pemusnah bom UPB dan unit K9 PDRM mendapati
00:17tiada sebarang bahan letupan objek mencurigakan atau peralatan berkaitan bom ditemukan di lokasi kejadian.
00:24Beliau memberitahu UPD dan K9 digerakkan ke lokasi sekitar 10.30 malam.
00:30Ini selepas Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Brickfield menerima panggilan berhubung kejadian itu
00:36daripada pengurus pengawal keselamatan bangunan terbabit pada 8.17 malam.
00:42Beliau berkata pengadu memaklumkan pihaknya menerima satu email yang mendakwa terdapat pipe bom di lokasi itu
00:48yang membawa kepada pengosongan bangunan secara serta-merta sebagai langkah keselamatan.
00:53Mengulas lanjut, Hu berkata, siasatan awal mendapati email ancaman palsu itu dipercayai dihantar oleh pihak tidak bertanggungjawab
01:02semata-mata bagi menimbulkan ketakutan dan gangguan keselamatan awam.
01:08Sehubungan itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Kesiksaan
01:13atas kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan sembunyi nama.
01:18Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
01:24atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Recommended