Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Neymar mengesahkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan Brazil selepas 16 tahun berbakti. Penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil itu menamatkan karier antarabangsa dengan 80 gol dalam 130 penampilan.
Transcript
00:00Perkembangan sukan, bintang bola sepak Brazil, Neymar mengesahkan pesaraannya daripada pasukan kebangsaan selepas mengakui beliau tidak lagi mempunyai keinginan untuk
00:09meneruskan karya antarabangsa.
00:11Pemain berusia 34 tahun itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 80 gol dalam 130 penampilan.
00:20Neymar berkata beliau tidak menyesali perjalanan selama 16 tahun bersama skuad kebangsaan dan menurut beliau masanya bersama pasukan Brazil sudah
00:28berakhir selepas mencipta pelbagai sejarah dan memberikan segala-galanya buat jersi kuning kebangsaan negara itu.
00:36Neymar sebelum ini memberi bayangan bahawa aksi menentang Norway dalam pusingan 16 terbaik pada dunia pada 6 Julai lalu mungkin
00:43menjadi penampilan terakhirnya bersama Brazil selepas pasukan itu tewas 2-1.
00:47Selepas perlawanan tersebut Neymar berkata beliau sudah tidak mampu memberikan lebih banyak sumbangan kepada skuad kebangsaan.
00:53Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain PSG itu kini masih beraksi bersama klub Brazil Santos dengan kontrak yang dijangka
01:02tamat Disember ini.

Recommended