00:00Armada Bersatu Malaysia mendesak Suruanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam
00:09salah laku dan penyelewengan di Lembaga Tabung Haji Tihish ketika era pentadbiran Barisan Nasional BN.
00:16Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Haris Idham Rashid berkata, dapatan rasmi Suruanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai Tihish menunjukkan majoriti salah
00:26laku besar, manipulasi kewangan dan pelanggaran undang-undang berlaku secara sistematik antara 2014 hingga 2017 di bawah pentadbiran ketika itu.
00:38Beliau berkata rakyat serta para pendiposit berhak berasa dikianati, susulan pendedahan dalam laporan berkenaan yang menunjukkan pelbagai kepincangan serius dalam
00:48pengurusan institusi tersebut.
00:50Antara pendedahan paling membimbangkan ialah manipulasi akaun dan amalan perekaunan kreatif pada tahun 2017 apabila pengurusan TH ketika itu dilaporkan
00:59merekodkan keuntungan sebanyak RM3.4 bilion
01:03sedangkan kedudukan sebenar institusi itu menunjukkan defisit RM1.4 bilion.
01:10Laporan RCI juga mendedahkan pembayaran hibah yang dibuat antara 2014 hingga 2017 walaupun tidakkan itu didakwa melanggar Seksyen 22 Akta
01:19Tabung Haji 1995 kerana nilai aset TH lebih rendah berbanding jumlah liabilitinya dengan jurang defisit mencecah RM11 bilion.
01:27Laporan itu turut menyentuh isu kelulusan bonus kakitangan antara 2 hingga 13 bulan gaji bagi tempoh 2010 hingga 2017 walaupun
01:37TH dikatakan berdepan tekanan kecairan yang serius ketika itu.
01:42Beliau berkata dapatan berkenaan juga mendedahkan berlakunya campur tangan politik dalam pengurusan TH melalui pelantikan ahli politik aktif kejawatan tertinggi
01:51sekaligus menjejaskan kredibiliti dan integriti institusi berkenaan.
01:55Sehubungan itu, Haris berkata mana-mana individu yang didapati terlibat dalam manipulasi angka keuangan atau tindakan yang menyalahi undang-undang
02:03perlu dibawa ke muka pengadilan bagi mastikan kebertanggungjawaban serta memulihkan kejakinan rakyat terhadap institusi berkenaan.
02:11Terima kasih.
02:12Terima kasih.