Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Kerajaan Perak menetapkan kuota Bumiputera antara 10 hingga 50 peratus mengikut demografi setempat, disertai prosedur baharu pelepasan lot dan dashboard e-Perak bagi memperkukuh tadbir urus hartanah.
Transcript
00:00Perak memperkenalkan pembaharuan dalam pengurusan Hartanah Bumi Putera termasuk menetapkan kuota berdasarkan komposisi penduduk menggunakan data rasmi MyCensus 2020 bagi
00:12memastikan pelaksanaan dasar lebih realistik, telus dan memenuhi keperluan semasa.
00:18Menurut Menteri Besar Datuk Seri Sa'rani Muhammad, pendekatan bahari itu menggantikan kaedah lama menggunakan data daftar pemilih yang didapati
00:26tidak menggambarkan taburan sebenar penduduk kerana terdapat pengundi menetap di sesuatu kawasan tetapi berdaftar sebagai pengundi di lokasi lain.
00:37Beliau berkata menerusi pendekatan itu, kadar kuota Bumi Putera kini ditetapkan antara 10 hingga 50 peratus mengikut komposisi penduduk setempat
00:46berbanding kaedah sebelum ini yang menetapkan kadar sama di semua kawasan atau sehingga sifar peratus di lokasi tertentu.
00:55Ujahnya dasar ini membolehkan pelaksanaan kuota dibuat mengikut realiti demografi dan keperluan setiap kawasan supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada
01:04kumpulan sasar.
01:06Sa'rani berkata pembaruan itu turut merangkumi penguatkuasaan prosedur penetapan dan pelepasan lot kuota Bumi Putera Negeri Perak Darul Rizwan
01:14melalui pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak LPHP Bilangan 2 Tahun 2026 yang berkuatkuasa pada 1 Jun.
01:23Dalam pada itu, Sa'rani berkata kerajaan negeri mengekalkan insentif diskaun Bumi Putera sebanyak 5 peratus bagi pembelian hartanah bernilai
01:32di bawah RM350,000 dan 7 peratus bagi hartanah bernilai RM350,000 ke atas sebagai usaha berterusan memperkukuh pemilikan hartanah
01:42Bumi Putera.
01:43Beliau berkata bagi memperkasakan takbir urus sektor hartanah, kerajaan negeri turut memperkenalkan papan pemuka atau dashboard hartanah e-Perak yang
01:53menghimpunkan data pembangunan hartanah daripada semua pihak berkuasa tempatan PBT di negeri itu.
01:58Terima kasih kerana menonton!
02:01Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended