Skip to playerSkip to main content
Pendidikan dan latihan kemahiran menjadi antara keutamaan ditawarkan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya menerusi aspirasi yang dibawa Datuk Thinalan T. Rajagopalu pada Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16).

#PRNNegeriSembilan #NegeriSembilanMemilih
Transcript
00:00Pendidikan dan latihan kemahiran menjadi antara keutamaan yang ditawarkan Barisan Nasional BN kepada pengundi Dewan Undangan Negeri Dun Seremban Jaya,
00:09Universiti Aspirasi yang dibawa Datuk Tinalenti Raja Gopalu pada Pilihan Raya Negeri 9 ke-16 PRN16.
00:17Beliau berkata sekiranya diberi mandat fokus akan diberikan kepada usaha memperkasa golongan B40 dan M40 melalui bantuan pendidikan serta peluang
00:26mengikuti program pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVET.
00:33Menurutnya beliau berhasrat memanfaatkan rangkaian institusi pendidikan yang berkaitan dengan MIC termasuk Kolej TEF dan Universiti Ames di Kedah bagi
00:42membantu pelajar mendapatkan tempat pengajian selain akses kepada bantuan biasiswa.
00:47Saya beri bantuan pendidikan sebab most of them dekat sini adalah B40 dengan M40.
00:54So saya dah bagi bantuan pendidikan secara macam inilah sebab they all want skills training, TVET.
00:59So MIC ada TEF College dekat sini, ada college TEF dekat sini.
01:04So melalui itu saya boleh membantu mereka untuk mendapat placement di sana.
01:08Kalau mereka memang B40 boleh dapat bantuan sekolah-sekolah.
01:12At the same time, MIC ada satu universiti di Kedah, Ames Universiti di Kedah.
01:19So bantuan macam kalau dia nak belajar degree dalam doktor ke, pharmacy ke, semua itu kita boleh bagi bantuan kepada
01:27Cina, Melayu, India atau sesiapa.
01:31Tak kira bangsa, MIC akan bantu.
01:35Katanya bantuan tersebut akan disalurkan tanpa mengira kaum atau latar belakang sebaliknya berdasarkan keperluan mereka yang memerlukan peluang melanjutkan pelajaran
01:44sama ada dalam bidang TVET, perubatan farmasi atau bidang profesional lain.
01:49Beliau percaya usaha memperluas akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran mampu meningkatkan keboleh pasaran anak muda serta melahirkan tenaga kerja
01:58berkemahiran yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.
02:03Dalam pada itu, Tinalan menyifatkan pencalonannya sebagai satu amanah besar yang diberikan oleh MIC dan BN sekaligus menuntut beliau bekerja
02:11keras bagi memastikan kemenangan gabungan itu di Dun Serembanjaya.
02:16Menurutnya kemenangan BN di Serembanjaya dan Seri Tanjung disifatkan penting dalam memperkukuh kedudukan parti pada PRN 16 selain menyumbang kepada
02:25usaha membentuk kerajaan negeri sembilan.
02:28Itu adalah satu tanggungjawab berat yang telah dibagi kepada saya oleh parti MIC dan parti Barisan Nasional kepada saya.
02:34Jadi saya kena kerja kuat mendapatkan kegemilangan dari dulu di Dun Serembanjaya dan juga di Seri Tanjung untuk kepastian kemenangan
02:43untuk Barisan Nasional di negeri sembilan.
02:46Kalau Dun Serembanjaya menang, Dun Serembanjaya menang, pastinya Barisan Nasional akan menjadi kerajaan di negeri sembilan.
02:55MIC meletakkan dua calonnya untuk PRN kali ini termasuk di Dun Serembanjaya.
03:01Dun Serembanjaya merupakan kubu kuat Pakatan Harapan PH dan kali ini Tinalen berdepan saingan tiga penjuru melibatkan S. Mugun Tan,
03:10calon baru PH dan Mahindran Ramasami daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu.
03:15Terima kasih kerana menonton!

Recommended