00:00Konsep Free for All mungkin menjadi pilihan bagi menyelesaikan tuntutan kerusi di Melaka,
00:07susulan pertikaman lidah pemimpin komponen kerajaan perpaduan, menurut penganalisis.
00:13Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah berkata,
00:17pendekatan itu akan menyaksikan semua parti bertanding antara satu sama lain pada PRN Melaka
00:23yang perlu diadakan selepas penggal pentadbiran semasa tamat pada Desember tahun depan.
00:30Kelmarin Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh dalam satu video di Facebook menyatakan
00:35kesediaan barisan nasional bertembung dengan Pakatan Harapan yang menjadi sekutunya di pentadbiran Putrajaya dan Melaka.
00:44Adun Merlimau itu mendakwa ada wakil pemuda DAP membawa usul supaya PH dan BN masing-masing bertanding 14 kerusi
00:52namun dibantah Akmal.
00:55Shahzah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata kebimbangan
01:00Akmal itu mempunyai asas sendiri kerana BN menguasai sebahagian besar kerusi Dun Melaka
01:06tetapi diminta berkongsi.
01:09Sementara itu fellow majlis Profesor Negara Azmi Hassan
01:12berpandangan pertembungan sesama sendiri antara komponen kerajaan perpaduan
01:17sebolehnya dielakkan sebaliknya mengekalkan model sedia ada iaitu parti penyandang dikekalkan sebagai status quo.
Comments